Wednesday, June 30, 2004

Betul ke Islam Hadhari Terengganu bistari?

Akhbar hari ini melaporkan seorang ketua UMNO cawangan yang baru diisytiharkan menang tanpa pertandingan dalam mesyuarat agung cawangannya ditumbuk sehingga pengsan oleh ahli UMNO lain sejurus selepas mesyuarat berakhir. Kejadian melibatkan ketua UMNO cawangan Kg Padang Pak Suman, Bukit Payong, Marang.

MB Terengganu yang baru membawa konsep Islam Hadhari Terengganu Bistari yang salah satu penekanannya adalah melahirkan insan berakhlak, rupa-rupanya kalangan pimpinan UMNO Terengganu sendiri tidak menerima konsep ini sebagaimana yang berlaku di Marang.Kalau pendokong UMNO pun longgar akhlaknya bagaimanalah rakyat nak dibentuk akhlaknya oleh mereka ini?

Termasuklah tak berakhlak apabila masing-masing berebut jawatan, berkonspirasi menjatuhkan satu sama lain, politik wang, mengganas dan seumpamanya. Alahai Islam Hadhari......

Yang lucunya Najib Tun Razak menyatakan cuma 100 sahaja dari 19,200 cawangan UMNO menimbulkan kekecohan ketika mesyuarat. Jadi dari segi peratusannya kecillah maksud beliau itu. Dalam hal ini pun pimpinan UMNO masih nak menepis dan mahu menafikan betapa telah jauh tersimpang mereka dari kehendak Islam yang sebenar. Barangkali Islam Hadhari UMNO membenarkan matlamat menghalalkan cara, bantai sajalah.

No comments: