Wednesday, June 23, 2004

Kerajaan PAS Kelantan bertahan

Rabu 23 Jun - Mahkamah Tinggi di Kota Bharu membatalkan kesemua 4 petisyen pilihanraya yang melibatkan kerusi-kerusi DUN yang dimenangi PAS yang telah difailkan oleh BN. Dengan ini bermakna kerajaan PAS di Kelantan kekal dengan 24 kerusi dan UMNO/BN 21 sebagai pembangkang.

Alhamdulillah solat hajat dan doa yang didirikan ikhlas oleh para penyokong dan pendokong parti Islam akhirnya diperkenankan Allah swt. Kekallah Kelantan tunggal sebagai pembawa panji-panji kerajaan Islam. Kita berdoa mudah-mudahan para pemimpin termasuklah MB, barisan EXCO dan ADUN-ADUN serta penyandang jawatan-jawatan lantikan politik di Kelantan akan benar-benar bekerja untuk Islam, mudah-mudahan kehebatan Islam akan berkilau dari Kelantan menyinar harapan untuk kebangkitan kembali Islam di seluruh Malaysia insyallah.

Sementara itu PAS kehilangan kerusi Parlimen Pasir Puteh apabila mahkamah yang sama membatalkan kemenangan PAS dan mengisytiharkan calon BN sebagai yang sepatutnya dipilih.

No comments: