Tuesday, July 06, 2004

Puteri bertaring pemuda tumpul

Utusan Malaysia hari ini memaparkan “Azimi tarik diri, Puteri sengit” di kepala beritanya.

Azimi Daim ahli EXCO Kedah merangkap EXCO Pemuda UMNO Malaysia mengisytiharkan menarik diri dari bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Sebelum ini 3 orang lagi EXCO Pemuda turut berbuat demikian.

Apahal semua tarik diri ni? Berpuakakah jawatan tersebut, atau apa ? Rupa-rupanya alasan diberi kerana masing-masing nak beri laluan. Siapa yang nak lalu, yang handal sangat sehingga habis anak-anak muda UMNO kecut sehingga melangkah kebelakang ?

Siapa lagi kalau tidak KHAIRY JAMALUDDIN, 28 tahun.
Khairy mana ? 28 tahun sahaja ? Apa kelebihannya, apa kepakarannya, apa kehebatannya, apa sumbangannya dalam usia setahun jagung tu ?

Walaupun muda setahun jagung, tidaklah tertonjol sangat bagai tokoh-tokoh Pemuda yang ‘gostan’ tadi, Khairy ini ada keistimewaan dan kelebihannya. Apa dia ? Dia menantu Pak Lah, Perdana Menteri, pemangku Presiden UMNO !

Sungguhpun Khairy tidak pernah menyatakan kesediaan bertanding namun oleh kerana dia menantu Pak Lah dan ada angin-angin bersedia bertanding, kata Pak Lah ‘Itu hal Pemuda’, habis Pemuda semua kecut perut, beri laluan. Siapa berani berentap dengan anak number one, silap-silap di blacklist terus jadi nombor corot. Aduhai Pemuda UMNO !

Kalau politik dah jadi politik periuk nasi, tiada lagi matlamat perjuangan, membela nasib rakyat, bangsa , agama dan negara inilah jadinya. Kita pun bukan minat sangat nak tengok gelagat Pemuda UMNO tu tapi buat kerja biarlah berpadan, tak kan baru dengar guruh Khairy nak bertanding, habis kejantanan Pemuda disiramkan.

Sementara itu Puteri nampak lebih garang dan berani dari Pemuda, agaknya sebab anak Pak Lah tak bertanding Ketua. Aatau agaknya sebab bekas Ketuanya dulu taraf-taraf Ketua Pemuda........

roslansms@hotmail.com

No comments: