Thursday, August 05, 2004

Pengalaman Tok Guru

Alhamdulillah pagi tadi Tuan Guru Nik Abd. Aziz Nik Mat telah selamat mendarat di Kota Bharu dan kini kembali kepangkuan rakyat negeri Kelantan yang berpusu-pusu menunggu kepulangan beliau. Mudah-mudahan beliau terus sihat untuk terus memimpin negeri dan seluruh masyarakat Islam insyallah.

Menarik hari in dalam The Star Tok Guru menceritakan pengalaman beliau ketika diserang sakit jantung:

Recounting the morning when he had the attack, Nik Aziz said he was not afraid of dying at all.

Beginilah, kita akan bertemu Tuhan (Let's put it this way, we will have to meet God)," he said.

As a Muslim he said, he was accountable for all his thoughts and deeds before God.

If we have served God and refrained from commiting any sins, we should not be afraid of death, he said.

Lihatlah kalau dah peribadi itu peribadi Tok Guru, dari atas katil hospital pun yang terbit dari mulutnya adalah dakwah belaka. Lantaran itulah maka ramai yang sedih dan terharu apabila mendengarkan beliau diserang sakit jantung, kerana keperibadian beliau sungguh sukar ditandingi.

1 comment:

Anonymous said...

Sdr agaknya merasakan menunaikan tanggungjawab apabila menulis teguran mengenai tingkahlaku berlanggaran agama dlm blog ni seperti Sureheboh haram, SMS judi dan Akademi Fantasia.

Malangnya, ianya hanya membayangkan mentaliti rendah org Melayu yg sibuk berbalah mengenai isu hiburan. Pada mula membaca blog ni, saya amatlah berharap akan diskusi yang lebih ilmiah, yang membincangkan isu-isu yang lebih besar drp mengutuk org UMNO dan menyanjung tinggi-tinggi org PAS (Nik Aziz tu manusia, bukan malaikat).

Tak bolehkah sdr tulis mengenai isu kelemahan sistem pendidikan kita, beri cadangan bagaiman bahasa Melayu boleh dihidupkan semula.

Ini kalau asyik menghentam anti-PAS, tidak ubah seperti ceramah politik yg menjadi hiburan org kampung setiap hari malam Ahad....