Friday, August 13, 2004

Timbalan Menteri Pelajaran kena ajar

Utusan Malaysia hari ini membawa tajuk muka depan "POLITIK WANG 1 DIGANTUNG, 3 DIBERI AMARAN". Antara yang diberi amaran adalah Mahadzir Mohd Khir, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani yang juga menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran. Reaksi Mahadzir sebagaimana dilapor oleh Utusan adalah:

"Saya tak tahu......orang hantar tuduhan macam-macam. Ini bukan politik wang. Dia kata saya bagi orang makan".

Mahadzir juga dikhabarkan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi dalam pemilihan UMNO bulan depan. Dengan amaran yang diberi oleh lembaga disiplin parti ini harapan Mahadzir kelak dikira tipis.

Tetapi persoalan besar yang bangkit ekoran laporan ini adalah, apa halnya Timbalan Menteri boleh terbabit dalam kesalahan moral ini? Timbalan Menteri Pelajaran pulak tu? Agaknya masalah gangsterisma di sekolah hari ini merebak ke atas sehingga Timbalan Menteri pun dah berjangkit?

No comments: