Thursday, September 02, 2004

Anwar Ibrahim.......



Anwar Ibrahim - Melonjak Martabat Melayu
Akhirnya dengan takdir Allah swt bebas juga Dato Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat apabila Mahkamah Persekutuan menerima rayuan beliau pagi tadi. Pasti kebesan yang diberikan itu sangat manis bagi Anwar, keluarganya dan seluruh rakyat khususnya bangsa Melayu yang bermaruah.

Tidak ramai pemimpin atau pejuang Melayu yang berani berterusan istiqomah atas kebenaran. Apabila ditimpa ujian lazimnya ramai yang kecundang. Baru digertak sudah menggigil lutut, baru ditahan sudah layu dan longlai. Ada yang memburaikan segala-galanya termasuklah menganiaya kawan-kawan sendiri semata-mata kerana takut ditahan. Namun Anwar berjaya membuktikan yang beliau tidak sekali-kali tergamak menggadaikan prinsip datanglah badai segagah mana pun. Di kenakan konspirasi, dituduh dengan tuduhan mengaibkan, ditahan, diterjang dan berbagai lagi namun beliau tetap bertahan.

Maka akan tersenarai namanya berserta tokoh-tokoh Melayu lain yang terbilang umpama Almarhum Dr. Burhanuddin Al Helmi, Almarhum Ustaz Abu Bakar al Baqir, Allahyarham Ahmad Boestamam dan lain-lain yang masih hidup kini yang walaupun didera dengan ISA namun tidak sekali-kali meninggal dan menggadaikan perjuangan.

Lantaran itulah kerana masih ada pemimpin Melayu umpama Anwar ini maka kita masih boleh berbangga lahir sebagai anak Melayu!


No comments: