Wednesday, September 22, 2004

Najib dan batu bersurat

NAJIB DAN BATU BERSURAT

Panjang lebar sungguh ucapan Najib Tun Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC malam tadi. Inilah pertama kali beliau merasmikan perhimpunan tersebut setelah menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden parti tersebut.



Saya sempat mengikuti sedikit ucapan beliau di TV yang menarik dalam ucapannya itu sebagaimana petikan ucapan penuh yang disiarkan oleh UTUSAN hari ini:

Mementingkan penguasaan ilmu dan pendidikan. Bangsa yang cemerlang adalah bangsa yang mementingkan penguasaan ilmu dan pendidikan. Seandainya sesuatu bangsa itu berada dalam kegelapan dan kejahilan ilmu pengetahuan, nescaya ia tidak dapat menilai sesuatu yang penting dan bermakna kepada mereka.

Dalam hal ini saya ingin membawa satu kisah benar tentang penemuan Batu Bersurat yang memiliki nilai sejarah amat tinggi dan bermakna dalam menandakan kedatangan Islam serta hukum-hakamnya dirantau sebelah sini, sekali gus menjadi bukti bahawa orang-orang Melayu telah memeluk agama suci ini sejak abad ke 13. Batu Bersurat yang bertarikh 702H ini telah ditemui pada tahun 1887M dikawasan Padang Tara di tepi Sungai Tara, Kampung Buluh Kuala Berang Kuala Terengganu.




Sayangnya, disebabkan kejahilan orang-orang Melayu pada ketika itu, Batu Bersurat tersebut tidak dapat dinilai kepentingannya. Batu Bersurat itu telah dijadikan alas tempat membasuh kaki di masjid selama hampir 16 tahun sebelum ditemui oleh seorang pedagang (saya akhirkan disini petikan ini)

Beradasrkan ucapan ini Najib bermaksud:

1. ilmu dan pendidikan itu penting bagi menaik-tarafkan kecermerlangan sesuatu bangsa dan ini tidak dapat dinafikan memang tepat dan benar. Sesuatu bangsa akan berada dalam kegelapan dan kejahilan jika tidak berilmu.

2. Najib memetik kisah penemuan batu bersurat di Kuala Berang sebagai satu contoh bangsa yang tidak tahu menilai bahan bersejarah lantaran ketiadaan ilmu. Kata beliau batu bersurat yang bersejarah dan tanda kedatangan hukum-hakam dirantau ini sekadar dijadikan batu alas oleh penduduk kampung Kuala Berang

3. tidak layak batu bersurat dijadikan tempat alas membasuh kaki sedangkan ia bahan bersejarah yang bernilai

Kasihan penduduk di Kuala Berang dahlah memberi undi besar kepada calon Umno/BN tiba-tiba Timbalan Presiden Umno mengambil mereka sebagai contoh bangsa yang jahil dan berada dalam kegelapan kerana tidak tahu menilai bahan bersejarah.

Najib barangkali dengan pendidikan yang tinggi termasuk dalam kategori bangsa Melayu yang berilmu. Tapi berbalik kepada contoh Batu Bersurat tadi, kalau betul-betul bernilai takkanlah sekadar jadi bahan pamiran di muzium. Bukankah ia bukti perlaksanaan hukum Islam, dan hukum Islam itu sesuai untuk semua zaman bagi orang yang berilmu. Lalu sepatutnya Najib mengesyorkan agar apa yang terkandung dalam Batu Bersurat itu dilaksanakan sepenuhnya, barulah beliau dikalangan orang yang berilmu dan faham agama.

Kasihan orang Kuala Berang, kasihan.


No comments: