Sunday, September 12, 2004

Tabung Haji



DUIT TABUNG HAJI DISELEWENG LAGI

Tajuk utama Mingguan Malaysia hari ini:

Labur 436 juta beli 2 bangunan yang dinilai cuma RM267 juta. Tabung Haji bayar lebih.

Dilaporkan Tabung Haji telah membeli 2 buah bangunan di Kuala Lumpur iaitu TH Selborn di Jalan Tun Razak dan TH Perdana di Jalan Sultan Ismail jauh melebihi penilaian yang dibuat oleh jurunilai yang dilantik. TH Selborn dinilai RM115 juta tetapi dibeli pada harga RM166.38 juta iaitu lebih 51.38juta. TH Perdana dinilai RM152.92juta tetapi dibeli pada harga RM270 juta iaitu lebih 117.08 juta!

Pendedahan yang memeranjatkan ini telah dibuat di dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Badan-badan Berkanun Persekutuan 2003 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Sekali lagi tabung yang mengumpul duit orang-ramai yang ingin menunaikan ibadat haji di Mekah diselewengkan. Pembelian ini mempunyai unsur-unsur salah guna dan rasuah dan demi kepentingan rakyat dan maruah umat Islam laporan polis dan BPR perlu dilakukan segera.

Harap Ahli Parlimen yang ada terutama AP PAS agar segera membuat laporan pada pihak-pihak berkenaan jangan nak tunggu DAP pulak camputangan.

Cemerlang, gemilang terbilang! Kalau komisen 3% diberikan kepada agen hartanah maka deal ini akan mengaut komisen sebanyak lebih RM12juta!

No comments: