Monday, September 13, 2004

Umno hidung tak mancung



UMNO HIDUNG TAK MANCUNG

Setelah The New Sunday Times akhbar-akhbar lain hari ini masih memaparkan isu Umno tidak akan terima Anwar semula. Pak Lah kata tak mahu, Najib kata tak mahu, Muhyiddin kata tak mahu malah Mat Taib pun turut kata tak mahu. Kalau dah tak significant manusia bernama Anwar Ibrahim ini mengapa perlu seluruh tenaga Umno meronta-ronta dan menjerit-jerit mengatakan tak inginkan Anwar termasuklah pimpinan parti-parti komponannya.

Kesimpulannya keutusan Mahkamah Persekutuan tempoh hari yang membebaskan Anwar pada hakikatnya masih menghantui jembalang-jembalang dalam Umno kebetulan baru-baru ini masyarakat Cina meraikan Hungry Ghost Festival!

Menurut sumber yang boleh dipercayai sedang Umno hiruk-pikuk kononnya menafikan mahu Anwar kembali, Presiden PAS dan rombongan dikhabarkan kini berada di Munich merancang strategi perjuangan politik di Malaysia seterusnya. TG Hj Abd Hadi, Dr. Harun Din dan Dr Hatta dikhabarkan sedang bersama-sama Anwar dan rakan-rakan berunding memeta halatuju berikutnya.

Biarlah Umno laksana soldadu-soldadu Sultan leka menyanyikan lagu biarkan-biarkan, sedangkan si Luncai telah lama terjun bersama labu-labunya untuk menyelamatkan diri. Kita berdoa mudah-mudahan Allah swt mencampakkan hikmah dan kebijaksanaan kepada para pemimpin kita yang jujur dan ikhlas ini agar dapat membuat perancangan ke arah menyelamatkan ummah dan negara dari kancah kebinasaan, amin.

No comments: