Friday, October 22, 2004

Guna ISA

GUNA ISA TANGANI POLITIK WANG

Hari ini dah lapan hari umat Islam berpuasa. Memelihara diri agar tidak tewas dengan godaan dunia merupakan satu ujian yang perlu dilalui oleh setiap Muslim disiang hari di bulan Ramadhan. Ramai yang berjaya namun ramai juga yang kecundang.

Dalam menempuh dugaan ini muncul satu berita menarik dari BERNAMA. Khabarnya MB Pahang yang kalah jawatan Naib Presiden Umno masih belum selesai mengkisahkan darihal politik wang dalam pemilihan Umno berkenaan. Akan tetapi beliau masih berdegil enggan mendedahkan petualang berkenaan. Kata beliau:

I don't want to hurt the political career of my friends. If any Umno leader is caught for practising money politics, I don't want to get involved. Let the explanation come from other people, and not me," he told reporters at a hurriedly called press conference at his official residence here Thursday.

Sebagaimana tulisan saya yang lalu KREDIBILITI UMNO DIPERTIKAIKAN: DR. M nampaknya Adnan masih berahsia, tapi dalam pada berahsia tu marah, masih marah lagi.

Marahnya Adnan sehingga mengesyorkan dalam sidang akhbar yang sama agar ISA sepatutnya digunakan terhadap mereka yang mengunakan politik wang untuk menang itu. Kalau dalam masalah keselamatan negara ISA boleh digunakan mengapa tidak dalam kes politik wang? Kasar nampaknya cadangan tersebut, dalam erti kata lain kalaulah ISA digunakan maka sahlah kawan-kawan Adnanlah yang melambak merengkok di kamunting nanti.

Apa halnya Adnan takut sangat nak mendedahkan mereka ini? Dah tentu mereka ini orang keliling-kelalang calon yang menang. Bulan puasa ni berani kerana benarlah Dato' Seri, walau kawan sekali pun kalau dah penyangak dedahkan saja biar satu dunia tahu. Atau jangan-jangan orang Dato' Seri pun ada terlibat, guna politik wang tapi kalah, entahlah!

No comments: