Sunday, October 03, 2004

Umno dan AIDS

UMNO LAKSANA PESAKIT AIDS

Perhimpunan Umno dah pun berlalu, Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden baru telah pun ditabal. Demikianlah halnya juga dengan pimpinan lain dipelbagai peringkat. Namun anehnya orang ramai masih lagi memperkatakan berkenaan dengannya.

Pak Lah menerima tampuk kepimpinan Umno sebagai Presidennya yang ke 6, beliau memperagakan imej MR CLEAN. Tak ambil rasuah, benci pada rasuah, mahu pada Islam itulah lebih kurang imej Pak Lah yang cuba ditonjolkan oleh orang keliling-kelalangnya sehinggakan tergiur para pengundi pada Pilihanraya Umum ke 11 lalu mengundi Umno dan BN secara besar-besaran. Pakcik-makcik di Terengganu sehingga sanggup merebahkan Tok Guru semata-mata kagum dengan penonjolan imej Pak Lah.


PAK LAH DALAM POSTER BN TULISAN CINA SEMASA PRU DIUMPAMAKAN BAGAI JUSTICE BAO IAITU TOKOH CINA YANG TERKENAL MEMERANGI RASUAH TAPI UMNO YANG BELIAU SENDIRI PIMPIN TERANG-TERANG MENGAMAL POLITIK RASUAH

Dalam pada melangit puji-pujian diterima, tiba-tiba diketika Pak Lah jugalah politik wang dikatakan paling sengit menyerang Umno. Sehinggakan TV menerbitkan iklan TOLAK POLITIK WANG yang kononnya memaparkan pimpinan dipelbagai peringkat memberi pandangan betapa jijiknya politik wang itu. Namun sindrom politik wang ini terus menyerang Umno, Umno laksana pesakit AIDS yang tiada lagi daya ketahanan, terus menerus parah dan tenat dibolisi virus ini.

Macam mana kita tak percaya politik wang bermahrajalela dalam Umno. Lihatlah sahaja kenyataan yang dikeluarkan selepas perhimpunan mereka. Yang tewas rata-rata menyalahkan sindrom ini. Ahhh itu orang kalah, tapi awas mereka ini bukan calang-calang orang.

Menteri keluar kenyataan, Menteri Besar keluar kenyataan, ahli EXCO keluar kenyataan, hai bukan kucing karap macam kita ni. Kalau orang biasa-biasa bolehlah ditepis begitu sahaja tapi mereka ini merupakan pimpinan negara dan negeri!

Kadir Sheikh Fadzil, yang tewas jawatan MT dipetik sebagai berkata:

the worst case of money politics in the 34 years he had held national-level positions in the party

Kadir ini Menteri Pusat, bekas ahli MT, tergamakkah beliau menipu? Beratlah kalau taraf taraf menteri pun penipu!

Adnan Yaakob yang tewas jawatan Naib Presiden hari ini dalam SUNDAY STAR sampai mencabar ahli-ahli Umno yang menang agar bersumpah dengan Quran bagi membuktikan mereka benar-benar tak terlibat dengan politik wang.

Adnan Yaakob ini bertaraf MB. Ketua eksekutif sebuah kerajaan negeri. Tak kan tak boleh percaya cakapnya!

Sebelum itu Adnan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa cuma dengan AS$2 billion pihak asing sudah boleh membeli 2000 perwakilan Umno bagi memastikan naik pemimpin yang mereka mahu.

Ada seorang EXCO di Perlis yang kalah jawatan MT sampai mendesak agar Lembaga Tatatertib Umno dibubarkan kerana bersikap pilih kasih dan berat sebelah. Sampai begitu sekali jadinya.

Jadi berbalik kepada imej Pak Lah tadi nampaknya walaupun pun rakyat semasa PRU begitu terpengaruh dengan imej Pak Lah namun parti yang dipimpinnya tidak pedulikan semua itu. Ketua parti bersih tapi anak buah semuanya mabuk kuasa dan buaya-buaya belaka. Tidak salah lah agaknya kalau orang mula beranggapan apa benar-benar bersihkah Pak Lah itu? Negara mahu melawan dan membenteras rasuah tapi bawah selimut bergelumang dengan dosa dan noda tersebut.


No comments: