Wednesday, December 01, 2004

NIK AZIZ NAFI YANG LAIN MEMBISU

Tok Guru Nik Abd. Aziz selamat tiba ke tanahair setelah menunaikan Umrah di Tanah Suci. Kepulangan beliau ditunggu-tunggu oleh masyarakat Malaysia lantaran khabar-khabar angin yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab kononnya beliau telah meletakkan jawatan sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Melalui TV3 malam tadi Tok Guru berkata:

Jawatan MB ini rakyat yang beri kepada saya, bukan saya cari. Nak letak jawatan macam mana.

Komen beliau sejajar dengan peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan dan amalan demokrasi di negara kita. Bagi negeri-negeri di Malaysia, rakyat memberikan mandat kepada ahli-ahli dewan negeri melalui proses pilihanraya setiap lima tahun sekali. Ahli-ahli ini mewakili rakyat dan duduk di dalam dewan negeri. Blok ahli-ahli dari kumpulan (parti) majoriti kemudiannya akan mencalonkan seorang daripada mereka untuk menjadi Ketua Eksekutif bergelar MB. Secara tidak langsung pemilihan ini mencerminkan hasrat rakyat.

Maka tepatlah apabila Tok Guru menyatakan jawatan ini bukan dia yang cari tetapi rakyat yang berikan kepada beliau sebagai mewakili parti dengan ahli perwakilan yang teramai di dewan undangan negeri.

Yang menariknya tidak ada satu pun agensi media yang memohon maaf kerana menyiarkan khabar angin atau berita bohong ini sebagaimana dikatakan oleh Presiden PAS. Saya sempat melayari laman Malaysiakini yang setakat artikel ini ditulis tidak menyiarkan langsung penafian Tok Guru sedangkan laman inilah antara yang terawal menerbitkan berita bohong ini. Demikianlah juga THE STAR dan UTUSAN sekadar memuatkan berita kepulangan Tok Guru dan kenyataan beliau tanpa membetulkan kenyataan awal masing-masing.

Kata Tok Guru sebagaimana dipetik oleh UTUSAN desas-desus jahat ini ibarat hiruk-pikuk ayam kampung kelaparan hampas kelapa. Bila nampak tuan rumah buka pintu sedikit dia akan menerpa untuk mendapatkan hampas-hampas itu. Annuar Musa semasa Debat Perdana di RTM Ahad lalu turut mebangkitkan khabar angin perletakkan jawatan ini, barangkali beliau pun ibarat ayam kampung kelaparan hampas kelapa juga.

Juga menarik apabila pihak pemberita bertanyakan Tok Guru bagaimana khabar angin ini boleh tercetus (sedangkan kita tahu yang membawa keperhatian orang-ramai adalah Malaysiakini, Utusan dan The Star) Tok Guru menyatakan (sebagaimana dipetik dari THE SUN:

To say its the oppositions (Umno) doing, I dont know, if it originated from PAS it seems unreasonable. Maybe it came from SATAN!

Siapakah IBLIS yang dimaksudkan itu?

No comments: