Sunday, February 06, 2005

KALAU SAYA BERDOSA SAYA BERDOSA DENGAN TUHAN
BUKAN DENGAN ORANG JAWI

Hari ini MINGGUAN MALAYSIA mendedahkan bahawa artis yang terlibat dalam kes serbuan JAWI di kelab maksiat Zouk di Jalan Ampang KL baru-baru ini adalah JESLINA. Dan tajuk di atas adalah sebahagian dari jawapan beliau dalam temuduga eksklusif berama MM.


JESLINA & ISMAIL SEALIRAN

JESLINA inilah yang mahu dibela dan dipertahankan oleh Puteri Umno. Menurut pengakuan beliau dalam MM pada malam kejadian beliau berpakaian seluar jean dengan baju T tanpa lengan ataupun sleeveless. Pakaian seumpama ini menurut beliau adalah normal menurut anggapan mak dan ayahnya, lalu kata beliau:

Saya jadi hairan dan pelik bila ada pihak lain pula anggap saya berpakian tidak senonoh. Hairan ya kenapa ada double standard.

Beliau bagaimanapun menafikan yang beliau berada dalam keadaan mabuk ketika ditahan.

Bagaimana kita boleh berbangga dengan apa yang dikatakan sebagai ISLAM HADHARI kalau masih ada pengikut kita yang keliru darihal had dan batasan dalam agama. Masih ada umat Melayu Islam yang merasakan meminum arak itu sebagai hak peribadi, berpakian cara apa pun juga hak peribadi dan tiada siapa yang berkuasa melarang mereka.

Bagaimana kita mahu serahkan bab membimbing dan membentuk akhlak kepada keluaraga semata-mata (sebagaimana saranan kabinet menurut Rasi Yatim) jika kaum keluarga sendiri buta agama!

Dalam bab pakaian ini jika JESLINA menganggap pakaian beliau itu OK, normal dan tidak seksi mengapa RTM sendiri tidak membenarkan artis tempatan berpakaian demikian bila keluar TV (walaupun artis asing diberi pengecualian - RTM pun keliru juga).

Sebenarnya dalam hal ini kalau Jeslina keliru saya sendiri tak salahkan beliau sebab saya rasakan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pun sesunggunya turut keliru lebih-kurang beliau juga. Dalam akhbar THE SUN semalam satu temurumah khas dengan Ismail Ibrahim telah dimuatkan. Antara lain Ismail berkata:

But it is moderate (Malaysia) meaning we do not restrict in terms of attire and all that. WE DO NOT BOTHER whether women put on their tudung or not. We do not have a law like the Taliban which says the women must cover all.

Tetapi ia moderat (negara ini) bermakna kita tidak melarang (wanita) dalam hal berpakian dan seumpamanya. Malah KITA TIDAK PEDULI samada wanita itu bertudung ataupun tidak. Kita tidak mempunyai undang-undang semacam Taliban yang mewajibkan wanita berpakaian selubung.

Kalau dalam Islam Hadhari Malaysia Pengerusi Fatwanya pun berfikiran dan berpendirian seumpama artis yang berpakian menjolok mata maka apa lagi yang mahu diharapkan. Jangan kita marah kalau yang bukan Islam melekeh dan mempersendakan agama kita kerana sesungguhnya mereka yang berpengetahuan agamalah yang telah memberi ruang dan peluang bagi mereka untuk berbuat demikian.

No comments: