Sunday, July 17, 2005

JUDI ENAM BINTANG MENGGAMIT
AHLI POLITIK DAN KERABAT DI RAJA

Akhbar THE SUNDAY STAR hari ini memaparkan ruangan eksklusif, isunya layanan permaidini merah oleh kasino enam bintang di London dan Las Vegas terhadap tahi-tahi judi VVIP dari Malaysia!

Menurut akhbar tersebut selain Osu Hj. Sukam terdapat kira-kira 10 orang lagi warga Malaysia yang berhutang dengan kasino-kasino ini antara RM250 ribu sehingga berjuta-juta ringgit Malaysia.



Siapakah tahi-tahi judi kelas pertama dari Malaysia ini?

Menurut akhbar tersebut antara tahi-tahi judi yang besar dari Malaysia termasuklah ahli-ahli perniagaan, ahli-ahli politik dan kerabat di Raja!

Malah akhbar tersebut memetik seorang Datuk, ahli perniagaan dari Selangor yang biasa mengunjungi tempat-tempat maksiat ini:

He said the clubs did not forbid Muslims from gambling, which explained why SOME Malaysians could gamble there,

Menurut beliau kelab-kelab ini tidak melarang orang Islam berjudi, kerana itulah SEBAHAGIAN warga Malaysia boleh berjudi di sana

Selain Osu siapakah lagi rakyat Malaysia yang beragama Islam yang bernafsu besar, berjudi di sana itu?

Kalau kerabat di Raja, sahlah orang Islam belaka!

Akhbar itu turut mendedahkan kandungan affidavit Ritz Hotel Casino terhadap Osu Hj Sukam yang difailkan di Mahkamah Tinggi London. Menurut afidavitnya Osu sebenarnya telah berjudi sebanyak RM156.45 juta , dan kalah di kasino tersebut dalam tempuh 7 bulan dari bulan Febuari ke September 2002 sebanyak RM31.17 juta!

Paling sedikit dalam satu hari Osu berjudi dalam kasino tersebut adalah sebanyak RM4.66 juta iaitu pada 15 Febuari 2002, itu pun beliau telah hangus RM1.65 juta.

Berjudi di kelab-kelab eksklusif ini adalah atas jemputan sahaja. Ahli-ahli akan diberikan credit limit untuk berjudi dan hanya diminta bayar apabila tewas. Walaubagaimanapun bagi pelanggan-pelanggan emasnya ia turut memberi pinjaman untuk berjudi sebagaimana yang diterima oleh Osu.

Dengan perkembangan ini apakah sikap kerajaan Malaysia?

Benar apabila berada di luar Negara, apa sahaja yang dilakukan adalah urusan peribadi, akan tetapi kiranya yang terbabit adalah ahli-ahli politik termasuklah kerabat Di Raja, takkanlah kita nak berdiam diri.

Sekiranya ahli politik kita lihat sebagaimana kes Osu, beliau disuruh melepaskan semua jawatan dalam parti, itupun setelah beliau tewas besar dan kesnya sampai kepengetahuan umum, bagaimana dengan yang lain, yang senyap-senyap.

Dalam kes kerabat Di Raja, kerajaan Malaysia melalui Majlis Raja-raja Melayu perlu mengambil tindakan. Raja-raja Melayu adalah payung yang mempertahankan agama dan bangsa, oleh itu mana sahaja kerabat hatta kalangan Raja-raja sendiri yang terlibat, maka tindakan serius perlu diambil demi mempertahankan nama baik dan kesucian Islam.

Mungkinkah Perhimpunan Agung Umno minggu hadapan akan membincangkan isu ini? Atau mungkin disapu bawah tikar sahaja kerana masih ramai lagi dikalangan mereka yang turut terlibat. Menurut maklumat salah seorang anak bekas PM Malaysia juga termasuk dalam senarai tahi judi kelas tinggi ini, rasanya tak pernah rakyat bukan Islam jadi PM Malaysia?!

No comments: