Tuesday, July 12, 2005

KIJANG YANG DIPERANGKAP TIKUS YANG TERKENA

Akhbar BERITA HARIAN hari ini melaporkan beberapa syarikat pengimpot kereta dijangka di dakwa di mahkamah di bawah Akta Kastam kerana membuat pengisytihasran palsu bagi mengelakkan cukai duti kastam.

Menurut akhbar tersebut:

Sebuah syarikat pengimport kereta terkemuka tempatan akan didakwa di mahkamah bulan depan atas tuduhan membuat perisytiharan palsu ketika mengimport beberapa kereta mewah, tahun lalu.

Ini dipercayai lanjutan dakwaan Dr Mahathir berkenaan krisis yang dihadapi oleh industri kereta tempatan. Walaubagaimanapun jika diteliti laporan BH ini didapati seolah peluru yang dilepaskan tidak mengena sasaran. Ini kerana akhbar tersebut melaporkan:

Khamis lalu, Berita Harian melaporkan, sekurang-kurangnya tiga syarikat pengimport kereta disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana dipercayai membuat perisytiharan di bawah nilai sebenar bagi mengelak duti kastam berjumlah lebih RM46 juta.Syarikat itu, yang semuanya pemegang permit import (AP), dipercayai mengimport kereta mewah seperti Mercedes-Benz, BMW dan Jaguar melalui Pelabuhan Klang.

Sedangkan kita tahu rungutan terbuka Dr Mahathir itu adalah terhadap syarikat pengimpot kereta yang mengimpot kereta-kereta dari Korea Selatan. Syarikat inilah yang didakwa Dr Mahathir telah memalsukan pengisytiharan kastam yang mengakibatkan kerajaan dan industri kereta tempatan terjejas dan rugi besar.

Setahu kita kereta-kereta dari Korea Selatan yang diimpot dan dipasarkan di Malaysia adalah KIA dan Hyundai. Mercedes, BMW dan Jaguar adalah kereta Eropah yang bukan merupakan isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir!

Mungkin ini tindakan pertama, dan akan disusuli dengan syarikat yang lain, tetapi sepatutnya kalau kijang yang disasarkan biarlah kijang yang kena.

Tindakan awal ini membangkitkan lebih banyak persoalan, atau barangkali kerana syarikat pengimpot kereta dari Korea Selatan itu kini sudah menjadi syarikat gergasi, maka pendakwaan terhadapnya perlu memakan masa, entahlah. Cuma yang kita tahu anak Dr Mahathir adalah salah seorang pengimpot kereta jenama Eropah, takut-takut kerana lancang sangat mulut Mahathir maka biarlah kerabat beliau yang dahulu dikenakan tindakan, kerabat dan kroni mereka yang berkuasa biarkan dahulu.

No comments: