Friday, August 26, 2005

Aiyoyo Samy

Dalam pada pemilihan untuk pucuk pimpinan Gerakan sedang rancak hujung minggu ini, MIC turut tidak mahu ketinggalan sungguhpun pemilihan parti itu hanya dijangka diadakan tahun hadapan. Samy Vellu sudah mula berkempen, dan yang pastinya beliau dikira akan terus kekal sebagai presiden parti India terbesar di Malaysia itu.

Dalam keghairahan Samy mempertahankan rekodnya sebagai Presdien MIC sebagaiamana dilaporkan di muka depan akhbar THE SUN hari ini, terdapat satu kenyataan beliau yang sungguh menarik perhatian saya. Samy berkata:

Every day I see between 500 and 600 people. A month I see about 5,000 people.

Setiap hari saya berjumpa antara 500 ke 600 orang. Sebulan saya berjumpa dengan 5,000 orang.

Angka ini Samy kemukakan untuk membutikan betapa aktifnya beliau sebagai seorang pemimpin yang sentiasa berkhidmat kepada masyarakat.



Soalnya ada ke sempat Samy berjumpa sebanyak itu orang dalam sehari? Katalah beliau berjumpa 2 orang setiap 10 minit, sejam baru dapat jumpa 12 orang. 24 jam tanpa rihat baru dapat berjumpa 288 orang!

Takkanlah menteri tak ada kerja lain. Bagaimana dengan hari Rabu, hari mesyuarat cabinet. Sekurang-kurangnya separuh hari terlibat dengan cabinet, ini tak termasuk mesyuarat pasca cabinet bersama kementeriannya.

Tak masuk akal kerana kata Samy, EVERY DAY, ataupun hari-hari.

Kalau nak exaggerate ataupun membesar-besarkan sesuatu yang kecil sekalipun, gunalah yang logik dan masuk akal sikit. Tak perlulah mereka-reka dan berbohong.

Lainlah kalau orang yang beliau jumpa di restoran daun pisang, di restoran kari kepala ikan, semasa makan thosai semua nak dilonggokkan dalam angka 500 ke 600 tadi.

No comments: