Saturday, November 12, 2005

Kalau mahu berjalan lurus jangan sekali-kali bergurukan sang ketam


Dalam keghairahan Umno berkempen untuk merampas kerusi DUN Pengkalan Pasir dari tangan PAS, tiba-tiba terpacul keluar dari mulut Pengerusi Briged Putera Umno, Abdul Azeez Abd Rahim bahawa hasil dari sikap pentadbiran PAS yang kononnya mengekang aktiviti para remaja di negeri ini telah mengakibatkan para remaja tersebut terjerumus ke kancah keruntuhan akhlak termasuklah penyalahgunaan dadah.

The STAR hari ini memetik beliau sebagai berkata:

He said in restricting activities for youths PAS made them turn to social ills such as drug abuse.

Inilah pertama kali dalam sejarah kita mendengar pandangan bahawa punca remaja terjerumus ke dalam kancah keruntuhan akhlak dan dadah adalah kerana pihak berkuasa mengawal aktiviti mereka. (Yang kita tahu apabila tidak dikawallah biasanya remaja menjadi kacau).

Benar kerajaan PAS Kelantan mengawal aktiviti remaja. Konsert rock yang keterlaluan, menontonkan artis tidak bermoral, tidak menutup aurat, dengan bercampur lelaki dan wanita sememangnya diharamkan. Begitu juga kelab-kelab malam, rumah-rumah urut, kedai-kedai judi semuanya diharamkan.

Pengharaman ini kerana Islam tidak membenarkannya dan PAS sekadar melaksanakan tuntutan agama.

Namun konsert yang menepati ciri hiburan Islam telah mula diperkenalkan, aktiviti sukan dan riadah untuk para remaja sangat digalakkan, remaja juga dijinakkan dengan masjid dan program agama, umpamanya bulan solat dan seumpamanya.

Ringkasnya kerajaan Kelantan sesungguhnya ikhlas mahu mengasuh dan membentuk remajanya agar berguna kepada masyarakat dan pada waktu yang sama sentiasa taat dan patuh pada tuntutan agama.

Tiba-tiba Azeez yang datang dari luar Kelantan, yang hidup hariannya sentiasa mewah di Bandaraya KL datang ke Pasir Mas mahu mengajar remaja Kelantan bahawa apa yang PAS lakukan adalah salah manakala apa yang beliau bawa adalah betul.

Sebelum kita pergi jauh eloklah kita siasat dan tahu sedikit akan latarbelakang Azeez ini. Ia penting kerana Allah swt mengajar kita:

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama, maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). Al Jathiah: 18

Azeez ini memiliki akhlak yang sangat berwarna-warni. Tanyalah siapa sahaja di KL yang mengenali beliau. Siapa yang tak kenal perangai dan gelagat si Azeez ini. Pernah didedahkan dalam BLOG ini dan beberapa BLOG lain bahawa kelayakan akademik beliau pun dibeli. Beliau kononnya mendakwa memeprolehi ijazah dari Preston University AS semata-mata untuk mengaburi mata orang-ramai khususnya kalangan pimpinan Pemuda Umno.

Azeez ini khabarnya dikenali sebagai seorang yang bengis yang pernah mengacukan senjatapi ke seorang kenalannya akibat pergaduhan besar antara kedua-dua mereka sehingga laporan polis pernah dibuat berkenaannya.

Beliau yang terlibat dalam industri kereta khususnya kereta terpakai, dikenali mengamalkan taktik kotor dalam perniagaan. Ada seorang penulis mengakui bahawa Azeez pernah menipu ayahnya dalam transaksi jual-beli kereta dan telah menggunakan samseng untuk mengugut dan menakut-nakutkan orang.

Menurut satu sumber lain Azeez ini juga pernah terlibat dengan isteri seorang penyanyi pop tahun 80an sehingga sampai ke pengetahuan penyanyi tersebut.

Demikian sedikit sedutan akhlak si Azeez ini yang sehingga kini tidak pernah dinafikan oleh beliau atau mana-mana pihak pun.

Tiba-tiba makhluk seperti ini mahu mengajar yang mana salah dan yang mana betul kepada golongan remaja yang sentiasa mendapat perhatian pihak berkuasa negeri. Maaf, terkasar sedikit tulisan ini, namun saya kira ianya padanlah sangat apabila mengulas dan membicarakan darihal Azeez ini yang cuba mengejar publisiti murahan ekoran pilihanaraya kecil ini.

Lihatlah apa yang berlaku di KL dan bandar-bandar lain di Malaysia pada hari ini. Golongan remaja yang begitu bebas kini sudah tidak lagi mampu dikawal dan dibentuk syaksiah dan peribadi mereka. Lihatlah perisitiwa di The Zouk dan yang seumpamanya. Golongan seperti Azeez pada satu saat bersyarah berapi-api berkenaan prinsip dan tuntutan Islam Hadhari tapi diwaktu yang lain turut sama berhibur, bersenang-lenang dan menari-nari menurut rentak dan gendang alunan budaya Barat yang tak syak lagi bertentangan dengan nilai dan tuntutan Islam.

Gagal di KL tiba-tiba Azeez datang ke Kelantan mahu mengatakan yang kaedah di Kelantan pula adalah silap dan salah. Come on lah brother!!!

Kalau orang Kelantan perlukan berguru mereka akan senang berguru dengan tok-tok guru yang ramai di negeri Serambi Mekah ini. Jangan risau kalau mahu berjalan lurus mereka tidak sekali-kali akan terlior untuk berguru dengan sang ketam macam hang!

No comments: