Thursday, December 01, 2005

Berbagai wajah Puteri Umno

Dalam forum Bicara Pengakalan Pasir yang disiarkan oleh WEBTV PAS baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyebut berkenaan dua wajah berbeza Wanita dan Puteri Umno.

Apabila berkempen di Pengkalan Pasir contohnya, mereka datang dengan mengenakan tudung dan pakaian menutup aurat bukan kerana apa melainkan kerana kononnya menghormati masyarakat Islam di sana yang kuat berpegang dengan ajaran agama, akan tetapi apabila berada di luar Kelantan, penghormatan tadi dilontar ke tepi tanpa diberi peduli langsung.

Ini mungkin isu kecil bagi mereka yang memandang hukum dan peraturan Islam sebagai satu perkara peribadi, satu perkara remeh. Akan tetapi bagi mereka yang menghayati dan yakin bahawa Islam adalah satu cara hidup, sebagaimana yang di bawa oleh Baginda Rasulullah saw, perkara ini besar, kerana ia berkait dan melibatkan aqidah dan keimanan.

Kebetulan di akhbar NST hari ini muncul gambar Ketua Puteri yang dimaksudkan yang telah dijemput meresmikan sebuah kedai peralatan kosmetik di Putrajaya semalam

Saya paparkan gambar tersebut beserta gambar Puteri yang sama ketika berada di Pengakalan Pasir baru-baru ini. Tuan/Puan buatlah kesimpulan sendiri.



Dan berikut pula lagi dua wajah anggota-anggota Puteri pula. Pertama ketika berprogram di luar Kelantan dan yang kedua ketika bersama-sama dalam perarakkan penamaan calon di Pasir Mas baru-baru ini.


No comments: