Tuesday, December 27, 2005

Husam Musa tersenarai dalam tokoh yang perlu diberi perhatian 2006

Akhbar STRAITS TIMES Singapura dalam keluaran 24 Disembernya baru-baru ini menyenaraikan 10 tokoh politik dan bukan politik yang sewajarnya diberi perhatian di Malaysia bagi tahun 2006 nanti.

Penyenaraian ini dibuat berdasarkan analisa dan kajian tiga orang wakilnya di Malaysia iaitu Reme Ahmad, Leslie Lau and Carolyn Hong.

Senarai penuh 10 yang dimaksudkan itu adalah:

1. PM Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
2. Bekas PM Tun Dr Mahathir Mohammad
3. Bekas TPM dan Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim
4. Jaguah Squash Nicol Ann David
5. CEO Air Asia Tony Fernandes
6. Juara AF Mawi
7. Naib Presiden PAS dan Ahli EXCO Kelantan Hj Husam Musa
8. Timbalan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin
9. Ketua Menteri P.Pinang Koh Tsu Koon
10.Tokoh Perbankan Nazir Tun Abdul Razak



Menarik apabila Husam Musa, bekas ahli parlimen Kubang Kerian itu turut tersenarai sedangkan Timbalan Presiden Umno dan pemimpin parti komponan BN yang lain kecuali Tsu Koon, tidak tersenarai. Turut tidak tersenarai adalah tokoh-tokoh pembangkang lain termasuklah yang kanan dan veteran dari DAP!

Saya kira yang memikat perhatian akhbar Singapura dan barangkali kebanyakkan pemerhati politik tempatan terhadap Husam adalah kerana ketokohan dan rekodnya. Ini terserlah sejak beliau menjadi Setiausaha Akhbar dan kemudiannya Setiausaha Politik kepada MB Kelantan lagi. Kemudian sebagai ahli parlimen Kubang Kerian dan kini sebagai ahli EXCO Kerajaan Negeri Kelantan dan Naib Presiden PAS.



Pada tahun 2003, laman web MALAYSIAKINI contohnya telah memilih Husam yang ketika itu adalah ahli parlimen Kubang Kerian sebagai NEWSMAKER OF THE YEAR. Alasan yang diberikan adalah:

He represents a new breed of politician and is a rising star of his party. Those in government have learnt the hard way to keep a wary eye on him, for he is a dab hand at uncovering what some would prefer to keep buried.

Combining the honed skills of a private eye and a researcher, he has been the years most prolific whistleblower. He is hard to ignore, and even harder to silence and naturally, malaysiakinis Newsmaker of the Year.

Belia mewakili golongan politik muda dan merupakan tokoh yang semakin menonjol dalam partinya. Mereka yang berada di dalam kerajaan kini sungguh berhati-hati dengan kecekapan pemantauan beliau, kerana beliau terkenal mampu membongkar rahsia yang sering mahu dipendamkan.

Beliau seolah memiliki kombinasi seorang penyelidik dan penyiasat, dan merupakan tokoh politik yang sering mendedahkan penyelewengan tahun ini. Beliau tidak dapat dipinggirkan, lebih sukar lagi disenyapkan, dan pastilah kerana itu beliau dipilih sebagai Newsmaker of the Year bag Malaysiakini.

Dan berikutan perlantikan itu BLOG Jeff Ooi http://www.jeffooi.com/ telah menerima reaksi berikut khasnya dari peminat BLOG beliau yang bukan Melayu:

1) Congratulations Husam Musa. Keep up your good work. We want politicians who are with rakyat, not exploiting our hard-earned money. From now on, your performance will be increasingly monitored.

2) Kepada Saudara Husam Musa, rakyat Malaysia ingin mengucap Syabas & Maju Jaya...diharap saudara terus beramal dan jangan sekali-sekali dijerat dalam polemik politik bila berada dalam jawatan yang lebih bertanggungjawab mahupun dalam kerajaan ataupun parti politik. History is filled with personalities that are built-up by the media, only to be torn down when it suits the media moguls.

3) He should be the Malaysian of the Year for saving our country coffers from being plundered by the crooks. His achievement is far more significant than the guy who swam across the English Channel.

Bagi saya penonjolan ini adalah satu penghormatan kepada Husam dan mungkin juga kepada PAS sendiri yang mampu membentuk dan melahirkan tokoh seumpama ini. Bagi Husam dan PAS sendiri, pengiktirafan ini sepatutnya mendorong mereka untuk bekerja dan berusaha lebih kuat lagi serta memain peranan yang lebih aktif dan bermakna dalam masyarakat dan negara.

Sesungguhnya rakyat Malaysia mengimpikan sebuah negara yang aman dan makmur yang dipimpin oleh para pemimpin yang berakhlak, telus, bersih dan terpuji bagi membawa mereka dan keluarga mereka bukan sekadar menempa kesejahteraan di dunia tetapi lebih penting lagi kesejahteraan di akhirat yang kekal abadi.

Syabas Husam dan melangkahlah lebih berani lagi ke hadapan insyallah.

No comments: