Tuesday, December 06, 2005

Kini segala-galanya ditangan Allah swt

Jam tepat menunjukkan telah pukul 12.30 tengahari. Bermakna tinggal 4 setengah jam lagi sebelum semua peti-peti undi di tutup di semua daerah-daerah mengundi di DUN Pengkalan Pasir.

Kemudian penjumlahan undi akan bermula dan keputusan rasmi dijangka diketahui sekitar jam 9 malam.

Kepada para petugas PAS, teruslah bekerja memantau dan menghalang kehadiran apa sahaja hantu jembelang yang diupah untuk menganggu proses demokrasi di sana.

Sesungguhnya semua pihak telah bekerja kuat dan semua pihak telah berikhtiar, kini kita serahkan segala-galanya kepada Allah swt untuk memutuskan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada para petugas PAS dan juga dari PKR dan rakan-rakan lain yang telah bertungkus lumus bekerja sejak dari sebelum hari penamaan calon lagi bagi memastikan kejayaan calon PAS. Insyallah segala sumbangan anda semua pasti dikurniakan ganjaran yang setimpal oleh Nya.

Bayangkan mereka yang berrcuti, ada yang bercuti tanpa gaji ada yang tidak berniaga, menyumbangkan tenaga tanpa upah untuk memastikan kekalnya Kepimpinan Ulamak di Negeri Serambi Mekah. Usaha dan khidmat jujur anda semua sangatlah dihargai dan dihormati.

Jam 9 nanti kita terimalah satu antara dua, samada kita menempa kejayaan Badar ataupun ditimpa kedukaan Uhud. Apa-pun insyallah kita terimalah dengan hati yang terbuka, pasti ada hikmah dan pengajaran yang berharga buat kita selaku pendukung dan pejuang gerakan Islam setelah kita berusaha semaksima yang ada.

Ya Allah janganlah ditangguh kemenangan untuk golongan Islam ini, Ya Allah perteguhkanlah Kepimpinan Ulamak di Kelantan.

No comments: