Sunday, December 04, 2005

Mashitah tuduh Tok Guru berbohong

Antara ramai-ramai tokoh Umno yang tidak mahu ketinggalan menyumbang untuk memastikan kekalahan PAS di Kelantan termasuklah Ustazah Dr Mashitah Ibrahim.

Turunlah Ustazah yang dahulunya tidak bersalaman dengan lelaki yang bukan mahramnya, tetapi kini sudah boleh kerana menyertai parti yang menghukum boleh serba belaka.

Setibanya di Pasir Mas, sasaran utama Ustazah ini adalah Tok Guru Menteri Besar Kelantan. Menurut akhbar BERITA MINGGU:

Rakyat Kelantan perlu sedar dasar kerajaan Pas Kelantan kini sudah berubah mengikut selera pemimpin mereka yang menjadikan Islam sebagai alat politik.

Datuk Nik Aziz ( Menteri Besar Kelantan) pun sudah berubah. Dulu hiburan tak boleh, sekarang sudah boleh, kata Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim.Beliau berkata, bukti kerajaan Pas tidak konsisten membawa dasar pemerintahan yang didakwa berteraskan Islam sejak 15 tahun lalu apabila perkara berkaitan hiburan kini dibenarkan.

Bukan hanya rakyat di Kelantan malah hampir seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa konsert yang dibenarkan oleh Tok Guru semasa majlis pengisytiharan MPKB Bandaraya Islam dahulu, bukannya seperti konsert hiburan biasa yang dianjur atau dibenarkan anjurannya oleh kerajaan BN yang dianggotai Mashitah.



Konsert di KB itu menurut laporan akhbar media perdana (termasuklah The Star, NST , Utusan dan lain-lain ketika itu) adalah konsert yang lain dari yang lain-lain. Ia memisahkan antara penonton lelaki dan wanita, ia dimulakan dengan solat, ia cuma disertai penyanyi lelaki yang berpakaian sempurna, ia diselang-seli dengan lagu-lagu yang memuji kebesaran Allah swt.

Jadi mana boleh Mashitah nak samakan hiburan di KB dengan hiburan di luar Kelantan!

Semua memperakui bahawa kerajaan Kelantan telah berjaya buat pertama kalinya memperkenalkan hiburan alternative berlandaskan Islam. Tiba-tiba Mashitah turun ke Kelantan tanpa segan-silu menyerang Tok Guru yang kononnya suka-suka merubah dasar Islam mengikut seleranya.

Biadap sangat nampaknya tu Ustazah. Kalau perlu pun kerana cari makan nak berkempen untuk Umno, janganlah sampai menghina tokoh yang siang-malam berfikir dan bekerja untuk Islam. Takkanlah Ustazah tak tahu jenis hiburan yang berada di luar Kelantan, takkanlah Ustazah tak pernah terbaca darihal konsert-konsert rock, konsert muda-mudi hatta yang kerajaan pusat anjurkan sekali-pun yang bercampur lelaki-perempuan, yang tidak menutup aurat, takkan sama dengan hiburan ala Kelantan!

Tak cukup setakat itu Ustazah ini juga menambah sebagaimana dilaporkan BH:

Pemimpin juga cakap bohong boleh bela nasib rakyat sedangkan yang kaya dan senang ialah ahli exconya, tetapi rakyat masih ramai yang susah. Inilah jenis pemimpin Pas yang nak kenyang perut sendiri saja.

Bermakna Tok Guru berbohong, ahli-ahli EXCO PAS berbohong, ADUN-ADUN PAS berbohong, masyallah ramai betul dihukumnya berbohong! Dahlah tu difitnah pula yang ahli-ahli EXCO PAS kaya-kaya dan senang-lenang belaka.

Kalau berbukti belaka pertuduhan ini tak mengapa, tetapi kalau sekadar bercakap untuk memuaskan nafsu bagi membuktikan dianya pandai bercakap dan berkeupayaan memikat orang-ramai melalui percakapannya, ingat, anda akan bertanggung jawab dan dipersoalkan kelak di hadapan Allah swt!

Sesungguhnya yang tidak konsisten dan berubah-ubah itu anda sendiri. Dulu sebelum menyertai Umno sampai memuji-muji gerakan reformasi, tetapi bila dah dapat gading bertuah, habis semua yang lain diburuk-burukkannya belaka. Jagalah diri baik-baik Ustazah hidup di dunia ini sementara, di akhirat nanti kekal selama-lamanya.

No comments: