Saturday, December 03, 2005

Najib kata undi tiada kena mengena dengan hukum

Semasa berkempen di Pengkalan Pasir semalam Timbalan Presiden Umno, Najib Tun Razak dilaporkan oleh BERNAMA sebagai telah berkata:

Saya percaya pengundi faham bahawa pilihan raya ini bukan soal hukum hakam.

UTUSAN MALAYSIA melaporkan bahawa Najib membuat kenyataan di atas kerana menjawab kenyataan MB Kelantan. Menurut akhbar tersebut:

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramahnya menyamakan tindakan mengundi Pas seperti sembahyang iaitu memperoleh pahala kerana parti itu memperjuangkan Islam.

Benarkah soal pilihanraya bukan
soal hukum-hakam? Benarkah menyokong perjuangan Islam memperolehi pahala?

Yang kita tahu apabila keluar mengundi dalam satu-satu pilihanraya maka kita sebenarnya keluar untuk memilih pemimpin yang bakal mewakili suara kita dalam aspek dan urusan yang meliputi hal-hal nasib dan masa depan kita sebagai rakyat di satu-satu kawasan. Dan memandangkan Islam adalah satu cara hidup yang sempurna maka sudah pastilah kerja memilih pemimpin ini adalah sebahagian dari ibadat dan sudah tentu melibatkan persoalan hukum hakam!

Islam menitikbertakan soal ataupun tanggungjawab memilih pemimpin. Antara ayat-ayat yang berkaitan adalah sural al Baqarah: 173 yang bermaksud:

Kami jadikan mereka ketua-ketua ikutan, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami, dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan, dan mendirikan sembahyang, serta memberi zakat; dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.

Allah swt menerbitkan garis panduan, jenis-jenis pemimpin yang perlu diangkat oleh orang-orang yang beriman. Firman Nya lagi dalam ayat as Sajadah: 24 yang bermkasud:

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

Oleh itu Islam memberikan pertanggugjawaban kepada kita dalam hal memilih pemimpin ini agar kita pastikan pemimpin-pemimpin yang akan kita pilih itu kelaj menepati syarat-syarat yang ditetapkan oleh Nya iaitu:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka. (Surah an Nur: 55)

Malah selaku panduan kita Allah swt telah menunjukkan di dalam al Quran sebagaimana pesanannya kepada Nabi Daud as darihal menjadi pemimpin yang baik, surah Sad:26, maksudnya:
Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu.

Kesimpulannya bagi Najib mungkin soal memilih pemimpin ini tidak ada kena mengena dengan agama, Najib mungkin terbatas ilmunya berkenaan perkara ini. Oleh itulah dalam hal-hal seperti ini kita perlu kembali kepada Islam tambahan bagi yang tidak tahu ataupun mengerti seperti Najib.

Rasulullah saw telah bersabda:

Hai manusia sesungguhnya ilmu itu didapati dari belajar, dan faham agama itu dengan menuntut faham, dan sesiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan pada dirinya, Ia menjandikannya memahami agama, dan sesungguhnya yang takutkan Allah itu adalah para ULAMAK. (Hadis riwayat Bukhari)

Kepada para pengundi di Pengkalan Pasir yang akan keluar mengundi pada 6 Disember ini pastikan perkara-perkara di atas diambil kira sebelum kita menunaikan amanah kita yang akan dipertanggugjawabkan oleh Allah swt kelak. Jangan menaikkan mereka yang tidak menghormati hukum dan peraturan Allah swt, tolak mereka yang buruk akhlak serta longgar moralnya. Mudah-mudahan kita semua memperolehi pahal insyallah.

No comments: