Thursday, December 08, 2005

Pengerusi SPR: Apabila pengadil mahu jadi pemain

Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa semalam mengisytiharkan bahawa PAS akan memfailkan petisyen di Mahkamah bagi mempertikaikan proses perjalanan pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir.

Menurut Ustaz Nasha sebagaimana dilaporkan oleh NST hari ini, PAS terpaksa berbuat demikian kerana:

We have enough evidence to prove that the election process was tainted with irregularities and improper conduct. The manner the election was handled by the EC was unsatisfactory and questionable

Kami memilki maklumat yang cukup untuk membuktikan yang proses perjalanan pilihnaraya (ini) penuh dengan salah laku dan ketidakpatuhan peraturan. Cara pihak SPR mengendalikan pilihnaraya ini sungguh tidak memuaskan dan menimbulkan pelbagai tanda-tanya.

Ustaz Nasha antara lain memberikan contoh adanya pengundi berdaftar yang tidak dapat mengundi kerana kononnya Ketua Tempat Mengundi memaklumkan yang beliau telah pun mengundi di Banggol Chica, terdapatnya insiden para pengundi yang diseledup melalui longkang besar masuk ke dalam tempat mengundi. PAS juga memiliki bukti hadirnya beberapa individu yang mengundi bagi pihak pengundi yang telah pun meninggal dunia.

Sebagai sebuah parti politik yang berdaftar dan bertanding pula dalam PRK ini PAS sudah tentu berhak untuk mengeluarkan kenyataan malah memfailkan petisyen yang dimaksudkan. Samada ianya berasas ataupun tidak, terpulanglah kepada pertimbangan dan keputusan mahkamah.

Masalahnya, pihak SPR sebagai sebuah badan bebas, sepatutnya bertindak profesyional apabila berhadapan dengan keadaan ini

Dalam NST hari ini Pengerusi SPR telah secara terbuka menggadaikan kebebasannya apabila beliau turut mengulas kenyataan Ustaz Nasha ini. Kata beliau:



I knew this was coming I am prepared for it. / Saya tahu ini akan berlaku dan saya telah pun bersedia.

I dont want to entertain such preposterous claims. It annoys me. The entire EC was in Pasir Mas to ensure the by-election was carried out well and now the losers are taking the convenient way out by blaming us.

Saya tidak mahu membuang masa melayan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ini. Ia sungguh menyinggung saya. Keseluruhan jentera SPR berada di Pasir Mas bai memastikan PRK ini berjalan lancar dan kini mereka yang kalah nak melepaskan diri dengan menyalahkan kami pula.

Saya kira pihak SPR sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam hal ini. Jika perkara ini sebagaimana ditegaskan oleh pihak PAS mahu di bawa ke mahkamah, lebih eloklah Rashid dan kakitangannya membuat persediaan untuk menjawab pertuduhan tersebut di mahkamah dan bukannya di luar.

Dan yang paling mendukacitakan serta sah membuktikan yang Rashid ini bukanlah seorang yang mampu meletakkan dirinya sebagai seorang yang bebas adalah apabila beliau dengan berani berkata yang beliau telah pun menyangka yang BN akan menang. Kata beliau:

I saw their workers toiling day and night. They brought in the young voters, the Chinese voters as well as the new voters to cast their ballots. They were very much better prepared for the election compared to Pas.

Saya nampak para petugas BN bekerja keras siang dan malam. Mereka membawa pengundi-pengundi muda, pengundi-pengundi Cina dan juga pengundi-pengundi muda untuk keluar membuang undi. Mereka jauh lebih bersedia berbanding dengan jentera PAS.

Siapa pun memang berhak memberi ulasan dan pandangan serta menyebelahi mana-mana pihak yang mereka gemari namun demikian curanglah rasanya jika Pengerusi SPR, pemimpin yang mewakili badan bebas yang sepatutnya bertanggugngjawab mengendalikan urusan pilihanraya iaitu pertandingan anatara parti-parti politik yang berdaftar, secara terang-terangan menzahirkan kecenderungannya!

Setahu saya tidak pernah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia mana-mana Pengerusi SPR sebelum ini menyatakan secara terbuka sangkaan atau pujian mereka terhadap mana-mana satu pihak yang bertanding.

Rashid jelas tidak lagi mampu menjadi pengadil yang berwibawa, lebih baik dia sarung sahaja jersi BN dan turun sebagai pemain.

No comments: