Tuesday, December 06, 2005

Semput demokrasi angkara SPR dan Umno

Buletin 1.30 TV3 jam 1.30 petang sebentar tadi memberikan laporan berkenaan perkembangan Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Pasir.

Yang meragukan adalah temuramah secara langsung dengan Timbalan Presiden Umno, Najib Tun Razak sedangkan tempoh berkempen untuk pilihanraya kecil ini telah tamat jam 12 malam tadi.

Najib antara lain menyentuh darihal tindakan fanatic ahli-ahli PAS terhadap sesiapa sahaja yang mereka syakki sebagai PENGUNDI HANTU.

Bermakna Najib telah menggunakan ruang masa itu berkempen, iaitu berkempen memburuk-burukkan PAS sedangkan proses mengundi masih berjalan! Tidakkah ini satu kesalahan!

Lebih meragukan lagi adalah apabila penemuramah yang sama menemuramah pula Tan Sri Rashid Pengerusi SPR, yang walaupun tidak difokas masuk dalam kamera, tetapi jelas berdiri berhampiran Najib.

Apa dah jadi ni? Bila parti-parti politik buat bising Rashid kata jangan mempertikaikan kewibawaan SPR. Dalam kes ini dahlah Najib dibiarkan berkempen dalam waktu larangan, berkempen pula di hadapan Pengerusi SPR sendiri.

Semakin senak dan semputlah nampaknya demokrasi di Malaysia angkara Umno dan SPR.

No comments: