Wednesday, January 04, 2006

Allahyarham Mohammad a.k.a Moorthy kini Sarjan

Kementerian Pertahanan telah bersetuju memberikan perghargaan istimewa kepada Allahyarham Mohammad a.k.a Moorthy bagi mengenangkan jasanya sebagai wira negara yang terlibat bersama-sama 20 orang lain dalam pendakian puncak Everest pada Mei 1997 lalu. KEMENTAH telah bersetuju menaikkan pangkatnya dari Koperal ke Sarjan.

Pengumuman itu telah dibuat oleh TPM yang juga Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak. Buat masa ini balu Allahyarham yang telah disiytiharkan oleh Mahkamah Sivil sebagai isteri sah Allahyarham, akan menerima pencen bulanan sebanyak RM947.33 sehinggalah pelarasan ke pencen sarjan dilakukan.

Kaliammal juga akan menerima faedah kematian sebanyak RM110,000.

Menurut Najib abang Allahyarham, Mohd Hussin (satu-satunya anggota keluarga beliau yang beragama Islam selain Allahyarham) telah memberikan perakuan bertulis tidak akan menbuat sebarang tuntutan terhadap harta Allahyarham itu walaupun mengikut hukum beliau memiliki hak.

Demikianlah adil dan indahnya Islam. Saya berkesempatan menemui Hussin ini di mahkamah dan di tanah perkuburan semasa pengkebumian Allahyraham tempoh hari. Yang pentingnya di sini adalah pengiktirafan pihak kerajaan berdasarkan keputusan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah bahawa Allahyarham adalah seorang Islam, dan kini kerajaan mengiktiraf pula jasanya. Sepatutnya sebagaimana kehendak Hussin, selesailah segala-galanya, jangan lai diungkit dan diperbesarkan serta dirumitkan lagi.

Menurut THE SUN Najib berkata:

As far as the ministry is concern, we have to go by the law and the law states that he was converted according to the principle of syariah and confirmed in accordance with the law.

Bagi pihak kementerian, kita mematuhi peruntukkan undang-undang dan menurut undang-undang beliau telah memeluk Islam menurut hukum syarak dan disahkan oleh undang-undang
.

Kaliammal hadir di KEMENTAH semalam untuk menerima cek dari Najib diiringi oleh anak perempuannya dan adik lelaki beliau.

Walaubagaimanapun bagi Kaliammal nampaknya segala-galanya belum berakhir (UTUSAN tidak pula melaporkan reaksi Kaliammal). Menurut NST:

Meanwhile, Kaliammal was less than impressed with the Governments move to promote her husband posthumously.I am not bothered with all these gifts. All I want is my right to claim my husbands body. Let the courts decide. I have nothing to say about this, said Kaliammal.

Sementara itu, Kaliammal kelihatan tidak berminat terhadap langkah kerajaan menaikkan pangkat arwah suami beliau itu.

Kata beliau, Saya tidak peduli dengan hadiah-hadiah ini. Apa yang saya mahukan adalah hak saya menuntut mayat suami saya. Biarkanlah mahkamah yang membuat keputusan. Tidak ada apa yang mahu saya perkatakan lai dalam hal ini.

Nampaknya tidak semudah itu berakhirnya kemelut yang beitu sensitif ini.

No comments: