Friday, January 06, 2006

Apa Muslihat Persidangan Meja Bulat DAP di Parlimen

Adakah Allahyarham Sarjan Mohammad bin Abdullah a.k.a Moorthy seorang Muslim ataupun tidak? Menurut proses undang-undang, Mahkamah Tinggi Syariah setelah mendengar permohonan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan telah pun memutuskan bahawa berdasarkan bukti-bukti yang telah dibentangkan Allahyarham SAH seorang Muslim dan perlu dikebumikan menurut peraturan Islam.

Pihak keluarga Allahyarham yang masih belum beragama Islam telah melalui proses undang-undang membuat pula permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil bagi membatalkan keputusan ini dan mengisytiharkan bahawa Allahyarham sebenarnya seorang HINDU dan bukan Muslim.



Mahkamah Tinggi Rayuan Khas telah mendengar permohonan isteri Allahyarham itu dan telah memutuskan berdasarkan Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan, mahkamah sivil tidak memiliki bidangkuasa menyemak atau membatalkan mana-mana keputusan Mahkamah Syariah dan oleh itu telah menolak permohonan tersebut. Lalu jenazah Allahyarham telah disemadikan menurut peraturan Islam pada hari itu juga setelah mahkamah yang sama enggan memberi perintah tahanan. Isteri Allahyarham telah pun memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.

Apa yang mahu saya utarakan di sini bahawa segala-gala sorotan di atas telah melalui proses undang-undang dan bukannya dibuat melalui pintu belakang. Walaupun secara peribadi ada beberapa perkara yang saya tidak bersetuju dengan pihak JAWI namun dalam hal ini saya kira sebagai badan yang berwibawa dan memelihara hal-ehwal masayarakat Islam pihak JAWI telah melakukan tugasnya.

Kalaulah mayat tersebut contohnya adalah mayat Joshua Jamaluddin (hamba Allah paderi Kristian Melayu yang pernah ditahan di bawah ISA dahulu) siapa pun tidak akan berminat menuntutnya kerana jelas telah mengisytiharkan dirinya murtad dan memeluk Kristian. Manakala dalam kes Allahyarham ini beliau meninggal dalam keadaan beragama Islam dan tidak pula pernah membuat permohonan sebaliknya sehinggalah meninggal dunia.

Isu ini memang sensitif dan rakyat Malaysia khasnya pimpinan DAP, Hindu Sangam dan lain-lain NGO bukan Islam perlu sedar bahawa bukan hanya isteri Allahyarham malah kami masyarakat Islam pun terhiris hati dan perasaan apabila masyarakat bukan Islam secara terbuka membahas dan mengkritik perkara ini serta memperlekehkan kuasa dan wibawa JAWI.

Tidak pernah dalam sejarah hidup saya menyaksikan ISLAM secara terbuka duduk dikandang orang salah dan diperbahaskan secara terang-terangan oleh masyarakat bukan Islam.

Memang kita mahu mengamalkan kebasan dan hak bersuara akan tetapi janganlah sampai keadilan dan kesaksamaan ISLAM turut menjadi bahan perbahasan dan pertikaian sehingga seolah-olah masyarakat Islam dalam negara ini dilihat sebagai dungu, bisu dan buta belaka!

Kit Siang dan pemuka-pemukanya marah kepada Perkara 121 (1) (A) Perlembagaan Persekutuan kerana kononnya mematikan hak masyarakat bukan Islam untuk membuat permohonan di mahkamah sivil berkenaan pertikaian mengenai ISLAM. Artikel tersebut kononnya merampas hak masyarakat bukan Islam.

Kit Siang juga marahkan sikap hakim mahkamah rayuan tempoh hari kerana enggan melaksanakan kuasanya dan memberikan pentafsiran yang sempit terhadap Perkara 121 (1) (A), tidakkah ini CONTEMPT OF COURT ataupun penghinaan terhadap mahkamah!

Antara resolusi persidangan Meja Bulat Kit Siang itu yang telah pun diserahkan ke kerajaan adalah:

Resolution 1
Mengembalikan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan ke maksud asalnya pada tahun 1988 sebelum dipinda


Resolution 2
Mendesak Perdana Menteri menubuhkan JK Terpilih Parlimen untuk membincangkan masalah yang ditimbulkan oleh Perkara 121 (1) (A)

Resolution 3
Masyarakat kebanyakkan merasa bimbang dan tidak berpuas hati terhadap penafian keadilan dalam kes Moorthy dan kes-kes lain seumpamanya.

Resolution 4
Forum ini merakamkan kebimbangannya terhadap sikap kebanyakkan pihak berkuasa agama negeri-negeri dalam perlaksanaan undag-undang Islam khasnya yang melibatkan masyrarakt bukan Islam.


Resolution 5
Mendesak agar Peguam Negara bertindak demi kepentingan masyarakat ramai dalam kes Moorthy dan kes-kes seumpamanya bagi mencerminkan hak persamaan semua rakyat dengan mengambil kira nilai-nilai persamaan tanpa mengira kaum dan agam yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.


Saya kongsi bersama berikut beberapa reaksi dalam BLOG Kit Siang berkenaan persidangan ini:

yangyang Said:January 5th, 2006 at 19: 14.21
Uncle Lim, as always – u r our jiu xin.Happy New Year!

Libra2 Said:January 5th, 2006 at 19: 27.54
Syabas to kit for calling for this round table conference. The remarkable attendance is a clear indication of the non Muslims concern over the recent Moortys case and the seriousness of the issue. I am also proud of the Malays who attended the conference. Malik and Zaid have always been upright and level headed man.

But I am disappointed none of the MCA and MIC leaders bothered to attend this function. As though this is a non-issue. To all MCA, MIC leaders, – come next election, dont enter my house compound to fish for votes. You will be chased out, I promise you.

sheriff singh Said:January 5th, 2006 at 19: 51.15
The position of Islam vis a vis the other religions must be clarified so that there is no ambiguity. There should not be a position of one religion being superior or having preference over the others whenever there is a conflict. The amendments must put in place a mechanism for resolving religious conflicts or ambiguities. There must be mutual respect, sensitivity and fairness for all believers.

Most importantly, any proposed amendments must clarify the statement once a muslim, always a muslim i.e. you can get in but you cant get out.

There have been too many cases where born and converted muslims want out as they have joined other faiths but it is the muslim religious authorities that decides their fate even though these non-believers now no longer recognise their authority. They have been left in limbo and helpless to do anything. Statutory declarations don’t get you anywhere, you are still recognised as muslims. This anomaly must be removed so that those who leave Islam can have their new faiths registered and recognised by the government. And there will be no disputes as to their religious belief when they die. Let God be the judge.

Dan akhbar NST hari ini memaparkan satu muka penuh tajuk berikut:

It wont happen again. Government looking at options to prevent a recurrence of legal wrangling.

Ianya tidak akan terjadi lagi. Kerajaan sedang menimbangkan pilihan untuk memastikan pertikaian undang-undang seumpama ini tidak berulang lagi.

Saya berharap pihak kerajaan janganlah seghairah Kit Siang dalam menangani isu ini. Kita mahu keadilan untuk semua dan dalam kes Allahyarham DAP sendiri sehingga menghantar ahli parlimennya Kulasegaran sebagai salah seorang peguam untuk isteri beliau. Namun mereka tidak berjaya, dan kini menunggu proses rayuan di mahkamah.

Keadilan bermula apabila semua pihak mematuhi undang-undang dan dalam hal ini Perkara 121 (1) (A) adalah jelas. Jika Kit Siang dan pemuka-pemukanya tidak berpuas hati maka buatlah pindaan di Parlimen, itulah proses sebenar yang perlu dilalui. Menjaja perkara se sensitif ini di tepi-tepi jalan akan hanya membakar api permusuhan dan akhirnya yang akan mati adalah keadilan itu sendiri.

Saya harap DAP dan NGO yang besertanya akan mematuhi proses undang-undang. Dan sebanyak mana mereka mahukan hak mereka itu dihormati dan dipelihara, mereka juga seharusnya menghormati dan memelihara hak masyarakat Islam yang merupakan majoriti dalam negara ini, yang merupakan masyarakat yang sentiasa toleran dan terbuka dalam hal-hal perbezaan kaum dan agama. Jangan sampai ianya berubah!

No comments: