Monday, January 02, 2006

Isu ketuk ketampi bogel:
Mengapa China Press sahaja yang diambil tindakan?

Akhbar NST hari ini mendedahkan bahawa akhbar berbahasa Cina CHINA PRESS besar kemungkinan akan menghadapi tindakan keras dari pihak kerajaan.

Ini kerana akhbar berbahasa Cina tersebut dikatakan terlibat membuat liputan sensasi berhubung kes ketuk-ketampi bogel yang berlaku di Balai Polis Petaling Jaya tahun lalu. Difahamkan pihak pengarang akhbar tersebut telah pun menerima surat tunjuk sebab dari kerajaan, yang jika jawapannya tidak meyakinkan, besar kemungkinan akhbar Cina yang kedua besarnya dalam negara itu mungkin dibatalkan permitnya!



CHINA PRESS lah yang bertanggungjawab mendedahkan identiti gadis yang melakukan ketuk-ketampi itu, kononnya menurut akhbar itu, gadis berkenaan adalah warganegera Republik Rakyat Cina. Sedangkan pihak polis baru-baru ini mendedahkan bahawa gadis berkenaan sebenarnya adalah seorang gadis Melayu yang ditahan kerana salah guna dadah.

Saya kira bertindak sehingga membatalkan permit itu agak keterlaluan dan tidak sihat khususnya apabila kita membicarakan isu kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara. Mungkin memberikan amaran dan meminta akhbar berkenaan memohon maaf lebih munasabah.

Dalam hal ini sepatutnya kita turut menimbangkan agar tindakan sewajarnya turut diambil terhadap beberapa pihak lain.

Mengapakah pihak kerajaan sendiri pada awalnya mempercayai bahawa gadis itu adalah seorang warga Cina? Sehingga PM terpaksa mengeluarkan arahan kepada Menteri Dalam Negeri agar bergegas ke Beijing untuk memohon maaf, kononnya atas dasar gadis yang terlibat itu adalah warga Cina.

Adakah kita terpaksa menerima kenyataan bahawa kerajaan Malaysia membuat andaian berdasarkan pendedahan CHINA PRESS dan Teresa Kok semata-mata tanpa mengumpul maklumat dan buktinya sendiri?

Saya rasa peristiwa yang mengaibkan ini bukan sekadar mengaibkan dari segi tindakan pihak polis tersebut (tak kiralah siapa sahaja mangsanya) tetapi turut mengaib dan memalukan apabila kerajaan dilihat terlalu tergesa-gesa, bagai Lebai Malang, terkejar ke sana ke mari, akhirnya baru tersedar yang ia telah tertipu oleh tindakannya sendiri.

Kalau CHINA PRESS mahu diambil tindakan, maka ambillah tindakan juga terhadap Azmi Khalid dan Dollah Badawi serta para pegawai yang bertanggungjawab meyakinkan mereka bahawa gadis yang terbabit itu adalah warga Cina!

Kalau CHINA PRESS perlu memohon maaf di atas kesilapan mereka, kita juga mahu melihat Dollah Badawi, Azmi Khalid dan para pegawai mereka memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana kesilapan mereka juga.

Berikut adalah petika dari laman web CHINA RADIO INTERNATIONAL atau CRI:

At a press conference in Beijing, Azmi Khalid spoke in an attempt to apologize and reassure prospective Chinese visitors that Malaysians will not target Chinese travelers for official persecution or criminal activities.

The thing is for the things that have happened especially because there was a case of murder and there was a case of rape these are outside our control actually but we apologize, because we dont like to see these things happen.

The move follows the release last month of a video clip in which a woman believed to be a Chinese national is forced to strip and perform squats in front of a Malaysian policewoman.

The incident, together with several other abuses of Chinese citizens in Malaysia, has created outrage within the Chinese communities in China and Malaysia.

The Malaysian Home Affairs Minister announced Tuesday that the cases are still under investigation by an independent Inquiry Commission headed by a retired top judge.

Chinese foreign ministry spokesman Qin Gang said Tuesday the Malaysian government should investigate the cases thoroughly and punish the criminals accordingly and timely.

(Ayat THE MOVE di atas bermaksud langkah kerajaan memohon maaf itu didorong oleh insiden ketuk-ketampi, suatu yang Azmi nafikan apabila terdedah bukti bahawa gadis itu sebenarnya seorang Melayu)

No comments: