Monday, January 02, 2006

Kes Datuk di pusat maksiat menjadi semakin rumit

Blogger Jeff Ooi di http://www.jeffooi.com/ memulakan ulasannya dengan pertanyaan cepumas:

Was the DATUK politician Putera Umno chief Abdul Aziz Abdul Rahim or deputy Internal Security Minister Noh Omar, or none of the above?

Adakah ahli politik bergelar DATUK yang dimaksudkan itu Ketua Putera Umno Abdul Azeez Abd Rahim atau Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Noh Omar, atau bukan kedua-duanya?

Isu ini menjadi semakin rumit dan penuh tanda-tanya apabila UTUSAN hari ini menerbitkan penjelasan dari Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Fuad Talib bahawa Noh Omar tidak berada di tempat kejadian semasa serbuan di buat oleh pihak polis ke tempat maksiat di Subang Jaya itu dimana sejumlah pelacur warga asing telah ditahan.

Akhbar-akhbar tempatan semasa hari kejadian melaporkan seorang ahli politik bergelar DATUK turut ditahan.

Noh Omar tidak ada di tempat kejadian, jadi Noh bukanlah DATUK yang dimaksdukan, walaubagaimanapun menurut KPD Subang Jaya itu lagi:

Bagaimanapun Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan secara kebetulan berada berhampiran lokasi. Menurut Muhammad Fuad, beliau difahamkan, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan berada di sana untuk memantau kejadian sejurus mendapat tahu pihak polis membuat serbuan malam Khamis lalu.

Pelik sungguh bukan. Semalam Ketua Putera Umno, Azeez juga mengatakan bukan beliau yang ditahan tetapi beliau hanya berada di tempat kejadian kerana:

Hanya untuk membantu kawannya ( bukan beragama Islam ) yang telah di tahan selama 4 jam.

Apa dah jadi ni?

Meminjam kata-kata Wan Kamaruddin dalam Edisi Siasat NTV7: Apa ke jadahnya mereka ini berada di sana?

Jelas jika serbuan ini satu operasi pihak polis, Azeez tiada hak berada di sana. Bila masa pula pihak polis boleh membenarkan seorang ahli politik membantu kawannya dalam operasi jenayah sebegini? Demikian juga Setiausaha Sulit Timbalan Menteri berkenaan sudah pasti tiada hak berada di tempat operasi! SU Sulit kepada Timbalan Menteri hanyalah seorang kakitangan kerajaan yang sepatutnya menguruskan hal-ehwal timbalan menteri berkenaan di dalam pejabat sahaja dan bukannya di luar (termasuk terlibat dalam serbuan pihak polis)!

Pihak polis sedang bekerja keras untuk memulihkan imejnya setelah tercalar teruk ekoran insiden ketuk-ketampi bogel tempoh hari, dan dakwaan rasuah yang berleluasa sebelum itu. Saya kira kehadiran tokoh-tokoh politik ini semasa polis menjalankan tugas perlu segera dibenteras dan ditangani jika tidak ia akan lebih mencederakan lagi imej polis dipandangan awam.

Suka tak suka Dollah Badawi selaku Menteri yang bertanggungjawab (yang juga kebetulan PM)perlu menjelaskan kepada rakyat, apa sebenarnya yang berlaku. Jangan lagi dilindungi dan disembunyikan kenyataan sebenar dari pengetahuan rakyat. Seret yang salah ke pengadilan, jangan lindung dan selindung sesiapa!

No comments: