Tuesday, February 07, 2006

S Jibeng pulang pulang ke Rahmatullah


Selagi hayat dikandung badan
Jangan sekali dikau lupakan
Perintah rasul dan perintah TuhanI
tulah tugas setiap insan

Jika kita melupakan
Perintah Tuhan kau abaikan
Jangan sekali kau harapkan
Bahagia di dunia yang fana
Apa erti hidup ini
Jika tiada taqwa dan iman

Selagi hayat dikandung badan
Berbuat baik sesama insan
Jangan lupakan perintah Tuhan
Fakir dan miskin jangan kau lupakan

Demikianlah lirik lagu Taqwa dan Iman yang dinyanyikan oleh S. Jibeng bersama Raihan di dalam album mereka Allahu.

Pagi tadi dilaporkan S. Jibeng atau nama sebenarnya Jaafar Sidiq 64 tahun, penyanyi cacat penglihatan yang terkenal pada tahun 60an dan 70an itu telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu kerana sesak nafas.

Allahyarham juga terkenal dengan lagu-lagunya yang evergreen antara lain: Musafir Di Aidil Fitri dan Inai di Jari.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya. Alfatihah.

No comments: