Tuesday, May 02, 2006

Islam jadi haru-biru angkara si jahil

Nampaknya polemik perlakuan sumbang dan lucah di khalayak ramai terus-menerus menjadi bertambah serabut dan haru-biru, sehingga seolah-olah menampakkan persepsi yang songsang dan keliru terhadap Islam.

Asalnya isu moral yakni yang melibatkan akhlak samada di tempat awam mahupun sebaliknya begitu jelas dalam Islam. Samada pihak PBT mahu menurut interpretasi Islam ataupun tidak itu perkara kedua, namun dalam Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh Mufti Perak bahawa:

Kelakuan tidak sopan tidak semestinya bogel saja, bercium dan sebagainya boleh dianggap tidak sopan juga. Jadi, pengertiannya perlulah tepat.

Masalahnya timbul apabila sesama Islam sendiri tidak faham dan jelas akan hukum-hakam agama sehinga mencetuskan pandangan peribadi yang jauh tersasar dari yang sebenarnya termaktub dalam hukum.

Inilah yang selalu mengakibatkan Islam dipandang serong oleh pihak bukan Islam, iaitu apabila kalangan individu atau kumpulan yang beragama Islam berani menokok-tambah hukum menurut akal fikiran dan selera masing-masing.

Dalam akhbar THE STAR Jumaat lalu contohnya Datuk Bandar Ipoh mengatakan:

Personally I think it is okay. I understand young couples. I have been in love before too, and there is nothing wrong with holding hands.

Bayangkan jika masing-masing Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis memberikan tafsiran mengikut pandangan dan pemahaman masing-masing. Ini baru Datuk Bandar Ipoh, bagaimana kalau ada YDP Majlis pula berpandangan tidak salah bercium di khalayak ramai, kerana beliau pun sebelum ini pernah melakukan perkara yang sama?!

Dalam hal Datuk Bandar Ipoh ini saya rasa Datuk Mufti Perak perlu memanggil beliau untuk diberikan nasihat dan kaunseling sebelum banyak lagi kekeliruan yang haru-biru beliau keluarkan.

Islam kini menjadi bahan gurauan dan sepak-terajang bukan kerana bikinan masyarakat bukan Islam tetapi akibat kejahilan umatnya sendiri.

Dalam hal ini elok sangatlah kita renungkan hadis Rasulullah saw yang berbunyi:

Bahawa Isa a.s bersabda, Sesungguhnya semua perkara itu terbahagi kepada tiga. Iaitu perkara yang jelas baimu kebenarannya, oleh itu ikutilah ia. Perkara yang jelas bagimu kesalahannya, oleh itu jauhilah ia. Perkara yang dipertikaikan oleh itu serahkanlah kepada yang mengetahui.

No comments: