Wednesday, May 31, 2006

Kahwin Misyar: Antara Tantawi dan Rosmah

Debat dan polemik Kahwin Misyar ini tercetus apabila Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Prof Datuk Dr Mahmud Zuhdi Abdul Majid mengeluarkan pandangan bahawa amalan ini sesuai untuk mengatasi masalah wanita yang tidak berkahwin.



Terus sahaja lontaran cadangan Professor itu telah diserang oleh pelbagai pihak.. Antara yang menyerang dan memperlekehkannya adalah isteri TPM Rosmah Mansor. Kata Rosmah:

It is an insult to women We women dont like to share our men, right?

Lalu ramailah pihak bersuara menyokong dan menentang cadangan itu. Bagi saya ada dua isu di sini. Pertama Kahwin Misyar itu sendiri dan kedua cadangan Prof tadi agar ianya digunakan untuk mengatasi masalah wanita yang tidak berkahwin.

Bagi yang kedua, kita mungkin boleh bersetuju dan tidak, kerana ia cadangan. Tetapi bagi yang pertama, sekiranya ia merupakan suatu yang dibenarkan menurut hukum dalam Islam, wajarkah kita sebagai seorang Muslim menentang apalagi memperlekehkannya?

Kebetulan Sheikh al-Azhar, Mesir, Prof Dr Muhammad Sayyed Tantawi yang sering menjadi rujukan kerajaan Malaysia berada di Kuala Lumpur. Lalu ada pihak bertanya kepada beliau tentang isu ini. Menurut Tantawi sebagaimana dilaporkan BERITA HARIAN:

Perkahwinan misyar mengikut syarak adalah sah.Semua syarat syarak seperti ijab dan kabul, mas kahwin dan pengisytiharan kepada umum terdapat dalam perkahwinan ini dan tidak ada paksaan oleh mana-mana pihak.Kalau kedua-dua pihak bersetuju untuk menolak haknya jadi kedua-dua pihak dapat hidup dengan aman dan sempurna

Beliau menambah:

Tidak timbul soal penganiayaan kepada wanita kerana ia dibuat dengan persetujuan bersama tetapi dari segi lain.Mereka yang berkahwin misyar ini sebabnya ada wanita yang mungkin sudah bercerai atau suaminya meninggal dunia tetapi wanita itu ingin hidup dalam keadaan bersih (terpelihara daripada maksiat) dan kebahagiaan (mendapat kasih sayang dan nafkah batin dari suami).

Lelaki yang mengamalkan perkahwinan misyar ini pula kebanyakannya sudah berumahtangga dan memang menjadi amalan di kebanyakan negara di Asia Barat.

Wanita akan bersetuju untuk tidak mendapat nafkah zahir kerana wanita itu sendiri mungkin mampu menyara hidupnya tetapi menuntut supaya suami menjenguk sekurang-kurangnya seminggu sekali.


Suami pula tidak boleh memaksa wanita itu pindah ke rumah isteri pertama malah terpaksa membenarkan isteri yang dikahwini secara misyar itu duduk bersama keluarga atau di rumah milik beliau sendiri.

Soal samada kita mahu mengamalkannya ataupun tidak itu soal kedua, tetapi sebagai seorang Islam menyerang apalagi menghina sesuatu yang diizinkan oleh syarak rasa saya sungguh tidak cocok malah membuka peluang pula kepada masyarakat yang tidak tahu berkenaan Islam untuk turut memandang rendah kepada Islam.

I sincerely agree with Rosmah that women would never like to share their men. But in case Rosmah si not aware there are men out there who would prefer to share themselves with other women without the knowledge of their other half.

Some get caught in their act (like a personality who was once caught with an artiste in PD) and some are just plain lucky.

Berbalik kepada isu ini saya rasa ianya perlu diteliti dengan cermat dan dilihat secara objektif. Kalau kita rasakan ianya tidak sesuai sebagai amalan di Malaysia, kita boleh sahaja mengatakan demikian, tetapi tak perlulah kita menyerang dan menghinanya.

Sekiranya ada wanita Malaysia yang kematian suami, yang berharta dan masih bertenaga yang merasakan beliau mahu mengamalkan kaedah ini demi mengelakkan beliau terangsang untuk melakukan maksiat, maka kita perlu memberi ruang dan bersimpati dengan mereka.

Rosmah belum kematian suami (cuma pernah meninggalkan suami pertamanya) maka sudah tentulah tidak merasakannya, demikian juga Shahrizat dan Ketua Puteri Umno yang turut menyerang amalan ini.

Apa pun bagi saya kita perlu berlaku adil kepada semua pihak, dan bertindak dengan penuh bijaksana dalam hal yang sungguh sensitif bagi umat Islam ini.

No comments: