Wednesday, May 24, 2006

Rais ajar Radzi macam mana buat kerja

Macam-macam yang pelik-pelik mula kita lihat tersingkap satu demi satu sejak Dollah Badawi menerajui Negara.

Pengerusi BBC letak jawatan, ahli Parlimen TUTUP SEBELAH MATA, Menteri di BOO dan diherdik di Perhimpunan Agung Umno dan di Parlimen. Menteri bertelagah dengan menteri itu dah jadi perkara biasa dalam kabinet Dollah yang masih setahun jagung ini.



Terbaru dalam kes filem Lelaki Kominis Terakhir kita lihat berlaku lagi pertelagahan dan percanggahan pandangan antara seorang menteri dengan menteri yang lain.

Radzi Sheikh Ahmad, Menteri Dalam Negeri baru-baru ini telah mengisytiharkan pengharaman filem tersebut. Dan baru-baru ini beliau berkata Majlis Tertinggi Umno dan bukannya kabinet yang akan menentukan nasib filem tersebut.

Dan hari ini dalam akhbar tempatan Menteri Kebudayaan Rais Yatim pula menyatakan bahawa sesunggunya kerajaanlah dan bukannya Umno yang akan menetapkan samada filem Lelaki Kominis Terakhir ini akan menemui orang-ramai ataupun tidak.

Mana satu yang betul ni, atau kedua-dua tak betul?

Mengulas kenyataan Radzi berkenaan kuasa Majlis Tertinggi Umno memutuskan kedudukan filem tersebut, Rais berkata (The Star):

I think we should stick to the law. That is safest.
Saya rasa kita perlu menurut peraturan undang-undang. Itu yang paling selamat.


Tuah kah yang betul atau Jebat kah yang betul? Atau kedua-dua tak betul dan patut dibetulkan!

No comments: