Wednesday, May 10, 2006

Wakil BN tiada pilihan kecuali TOE THE LINE

Bolehkah ahli parlimen BN mengundi mengikut pandangan dan pendirian masing-masing?

Dollah Badawi dan Najib kata tak boleh!

Menteri di JPM Nazri Aziz mengatakan memandangkan wakil-wakli BN ini diundi atas nama BN dan bukannya atas diri peribadi mereka masing-masing maka suka tak suka kesemua mereka perlu mengundi menurut arahan parti dan paling penting tidak sama-sekali boleh mengundi menyokong mana-mana usul yang dibawa parti pembangkang.

Nazri menambah mana-mana wakil BN yang berhasrat atau bercadang mengundi mengikut pendirian attau pandangan masing-masing bolehlah meletak jawatan dan bertanding sebagai calon Bebas!

Begitu sekali kerasnya pendirian BN dalam hal urusan Parlimen yang melibatkan wakil-wakil mereka.

Akhbar THE STAR dan THE SUN telah membuat undian ataupun poll bagi meneliti pandangan orang-ramai berkenaan isu ini.

THE SUN membuat poll dengan soalan:

Did Shahrir Samad do the right thing by quitting as BBC Chairman?
Adakah tindakan Shahrir meletakkan jawatan sebagai Pengerui BBC itu betul?

Keputusannya sebanyak 85 peratus mengtakan YA manakala cuma 15 peratus mengatakan TIDAK.

Poll THE STAR pula berbunyi:

Should political parties allow their MPs to vote according to their conscience?
Patutkah pari-parti politik membenarkan wakil parlimen mereka mengundi mengikut pertimbangan masing-masing?

Keputusannya sebanyak 92.3 peratus ataupun 2,981 dari 3,230 responden berpandangan bahawa wakil-wakil ini seharusnya diberikan kebebasan mengundi menurut pertimbangan masing-masing walaupun terpaksa mengundi menyokong usul pembangkang.

(Untuk makluman di UK, model dewan perwakilan yang dicontohi Malaysia, ahli-ahli parlimen mereka tidak terikat dengan whip parti masing-masing semasa mengundi di dewan)

Apa pandangan anda?

Bagi saya kebebasan pertimbangan ini penting. Walaubagaimanapun sikap dan pendirian parti yang diwakili juga penting.

Tetapi dalam kes MP Jasin contohnya, ianya melibatkan kemungkaran yang dilakukan oleh seorang wakil, dalam hal ini mana-mana parti pun tidak sewajarnya melindungi sebarang bentuk kemungkaran samada yang ,melibatkan parti lawan ataupun partinya sendiri.

Oleh itu perkara ini perlu jelas. Dan kita juga perlu jelas dan berani. Asasnya yang hak perlu diskong dan yang bathil ditentang walaupun yang melibatkan sesama kita.

No comments: