Saturday, June 10, 2006

TV3 sekali lagi melacurkan diri

Buletin Utama TV3 malam tadi sekali lagi terlibat dalam kerja penaburan fitnah dan kewartawanan KAKI LIMA apabila mereka-reka sesuatu yang palsu yang tidak pernah berlaku sama-sekali.

Kononnya dilaporkan semasa Muktamar PAS baru-baru ini pemimpin PAS dikatakan telah membenarkan ahli-ahlinya berdemonstrasi dijalanan hatta sehingga jika perlu melontarkan batu kearah anggota polis yang menganggu mereka.

Lalu TV3 telah menemuramah Perdana Menteri Dollah Badawi yang ketika itu berada dalam satu majlis dan duduk bersebelahan pula dengan Timbalan Ketua Polis Negara. Dollah (sebagaimana biasa) tanpa berfikir panjang telah mengutuk pendirian PAS itu.

Soalnya benarkah ada pemimpin PAS yang berkata demikian?

Saya yang berada sepanjang tempoh Muktamar PAS itu tidak pula teringat ada mana-mana pemimpin PAS yang berucap menghalalkan agar dilontar batu ke arah sesiapa pun semasa berdemonstrasi.

Benar mereka digesa agar terus berdemonstrasi memperjuangkan hak rakyat, tetapi mereka diseur berbuat demikian dalam keadaan aman. Berikut saya sertakan keratin laporan akhbar saluran perdana hari ini.

Dalam THE STAR:

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said ulamak do participate in demonstrations. I myself go down to the ground to hold demonstrations.
Some of us even had tear gas in our eyes. But the police do not arrest us (the ulamak), he said. The police tend to arrest the young ones. The police are considerate towards us (elderly ulamak).


Abdul Hadi said it was PASs intention to only hold peaceful demonstrations, adding that it was the most effective way to express mass dissatisfaction.

Manakala dalam UTUSAN pula:

Abdul Hadi menegaskan, adalah tidak salah jika ahli Pas menyertai demonstrasi untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kenaikan harga minyak atau elektrik.

Menurut beliau, meskipun Pas menggalakkan demonstrasi, pihaknya menolak sebarang unsur keganasan dalam pendekatan tersebut.
Sebaliknya, beliau memberi alasan bahawa huru-hara yang timbul dalam demonstrasi berpunca daripada provokasi yang dicetuskan oleh pihak berkuasa.


Semua demonstrasi yang dianjurkan oleh Pas adalah secara aman tetapi provokasi daripada pihak kerajaan menyebabkan berlakunya keganasan.

Sesungguhnya TV3 terbukti telah mencemarkan etika kewartawanan mereka dengan membuat laporan berunsur fitnah dan jahat. Sedih memikirkan bagaimana sebuah saluran TV yang sedemikian besar boleh melacurkan dirinya untuk kerja-kerja mungkar seumpama ini.

No comments: