Friday, August 04, 2006

Diplomasi sudah tidak dihormati hari ini

Semalam kita menyaksikan kesungguhan negara OIC yang berkumpul di Putrajaya atas inisiatif Iran untuk membincang dan mencari jalan penyelesaian bagi konflik di Palestin dan Lubnan yang saban hari mengorbankan nyawa akibat tindakan ganas regim Zionis Israel.

19 negara hadir dengan 8 diwakili oleh Ketua-ketua Negara masing-masing.


Tuan sahajalah yang ke depan saya tak mampu

Kita perlu mengucapkan syabas kepada mereka yang terlibat. Namun sejauh mana berkesannya keputusan yang telah diambil, masih tertakluk kepada keputusan dan enggehnya kuasa-kuasa besar dunia khasnya Amerika Syarikat sendiri.

Keputusan menuntut gencatan senjata masih memerlukan lampu hijau dari PBB, dan sebagaimana kita ketahui suis lampu hijau itu suka ataupun tidak terletak di tangan AS dan sekutu-sekutunya.

Mesyuarat juga bersetuju agar Pasukan PengamanUNIFIL (United Nations Peace Keeping Force in Lebanon) diperkasakan. Namun regim haram Zionis sebagaimana kita ketahui baru-baru ini telah melepaskan senjatanya ke arah pasukan ini sehingga mengorbankan beberapa anggota tentera pengaman itu dan sehingga ke hari ini Israel tidak dipersalahkan malah diampunkan dengan sekadar memohon maaf.

Pengerusi OIC yang juga PM Malaysia ditanya oleh pemberita mengapa setelah 3 minggu Lubnan dan Palestin dihujani peluru dan kemusnahan baru hari ini OIC bersidang, lalu THE STAR melaporkan belia menjawab:

He had sent letters condemning Israels aggression to UN Secretary General Kofi Annan, and had personally spoken to Lebanese Prime Minister Fouad Siniora on the matter.

Beliau telah mengirim surat mengutuk keganasan Israel kepada Setiausaha Agung PBB Kofi Annan dan telah pun bercakap sendiri dengan PM Lubnan Fouad Siniora mengenai masalah ini.

Itulah saja bukti kemampuan OIC sebenarnya. Secara kolektif kita mungkin memiliki kekuatan ekonomi, kita mungkin memiliki kekuatan ketenteraan namun segala kekuatan itu walaupun berada ditangan kita akan tetapi untuk menggunakannya kita terpaksa memohon kebenaran AS dan sekutunya. Demikianlah hakikatnya.

Presiden Iran, walaupun tidak dilaporkan dengan begitu berselera oleh media tempatan, telah dipetik oleh agensi berita dunia termasuk CNN dan BBC sebagai memberikan kata-dua bahawa mereka akan terus memberikan sokongan terbuka kepada Kumpulan Hizbollah. Sokongan ini kata beliau akan diberikan sehingga Israel lenyap dari peta dunia!

Memang keras bunyinya kenyataan itu, tetapi itulah berita yang telah dilaporkan oleh CNN dan BBC. Tiada kenyataan dari Syed Hamid atau Dollah yang dikira bernilai sebagai bahan berita untuk dipetik dari persidangan semalam kecuali ancaman Ahmadiniejad itu.

Dan bagi saya kenyataan-kenyataan serta tindakan unilateral seumpama inilah yang harus dikeluarkan oleh negara-negera Islam memandangkan AS dan sekutunya terutama Israel tidak ;agi mengenali atau menghormati tuntutan dan desakkan diplomatik. Semuanya sekadar dipersetankan oleh mereka.

Berapa lama lagi perlu kita tunggu?

Israel langsung tidak membuang masa, terus sahaja melancarkan serangan mereka, terus sahaja membunuh dan mencederakan umat Lubnan dan Palestin dengan lesen besar yang diberikan oleh AS dan sekutunya.

Saya kira OIC kena di REFORMASI kan. Dalam dunia kini yang sudah tidak mengenali perundingan dan diplomasi kecuali yang diputskan oleh Bush dan Blair maka wajarlah OIC diterajui oleh pemimpin yang lebih keras dan tegas. Mungkin yang lebih efektif kini adalah Dollah untuk menyerahkan sahaja teraju OIC kepada Ahmadienejad atau sesiapa sahaja seumpamanya. Saya bukan bermaksud merendahkan PM kita itu tetapi realitinya dunia Islam kini sedang berhadapan dengan pemerkosaan yang rakus dan biadap, kita tiada banyak pilihan kecuali bertindak bengis sebagaimana mereka, dan dalam hal ini berbanding Dollah , Ahmadienejad jauh lebih efektif.

No comments: