Monday, August 07, 2006

Khairy oh Khairy

Hujung minggu baru ini merupakan hujung minggu buat Khairy Jamaluddin. Walaupun baru berjawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, terbukti Khairy begitu berpengaruh kerana ucapan dan kenyataannya diberikan liputan yang begitu meluas oleh media arus perdana sepanjang hujung minggu.

Buletin Utama TV3 umpamanya telah memberikan ruang udara kepada Khairy dalam segmen tajuk utamanya, dimana Khairy telah menerangkan darihal peribadinya, bermula dengan dakwaan kononnya beliau telah berkahwin dengan Maya Karin sehinggalah isu pembelian saham ECM Libra dan lain-lain.

Saya tidak pernah melihat seorang yang tidak memiliki jawatan dalam kerajaan diberikan liputan sebegitu meluas melainkan dalam kes ini.

Saya tidak pasti apakah beliau akan diberikan liputan yang sama kiranya beliau bukan menantu PM dan Presiden Umno?



Saya percaya banyak lagi masalah besar yang boleh diaparkan sebagai berita utama dan ingin diketahui rakayat jelata dari masalah samada Khairy kahwin atau tidak dengan artis itu. Berita perang Lubnan, kemusnahan Gaza di Palestin,masalah jenayah yang makin berleluasa dalam negara, masalah serangan wabak kuku dan mulut di Sarawak, semua menjadi kecil dan mengecil kerana memberi ruang kepada Khairy untuk membuat penjelasan.

Apa istimewanya Khairy?

Malah tunduknya media arus perdana kepada pengaruh Khairy ini sehingga memberikan ruang utama kepada beliau adalah bukti bahawa memang anak muda ini memang berkuasa sebagaimana dakwaan Tun Dr Mahathir sebelum ini.

Sementara itu dalam keghairahan si budak yang Tun istilahkan sebagai HINGUS BELUM KERING ini mahu menangkis dan menepis serangan terhadapnya itu, beliau telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang agak kasar. Menurut beliau memang masih ada mereka yang senagja tidak mahu menerima penjelasan beliau dengan mengatakan kononnya jika tiada angin masakan pokok bergoyang.

Lalu UTUSAN memetik Khairy sebagai telah berkata:

Peribahasa seperti itu tidak boleh digunakan kerana jika ada orang yang goncang pokok itu daripada bawah, tentulah bergoyang dan kalau yang goncang itu berukpun, tentu bergoyang juga. Jadi yang goyang pokok itu (sebarkan fitnah), saya ibaratkan seperti beruk, beruk sarkas.

Apa pun bagi saya beruk sarkas juga kadangkala tidak sedar yang ia itu beruk. Ia diajar menaiki basikal, menari, berpakaian seperti manusia, sehingga lupa akan asal-usulnya. Lakonan yang diajar kepadanya menjadi ia terus cerdik berlakon sehingga terkadang terjerat dengan lakonannya.

Cuba kita teliti kenyataan yang dipetik oleh BERNAMA ini:

Diminta mengulas mengenai dakwaan beliau menjadi jutawan dalam masa yang singkat kerana mampu membeli saham ECM Libra Berhad (bernilaia RM9 juta ketika itu), Khairy berkata: Saya pinjam duit itu. Segalanya pinjaman, bukan duit saya sendiri. Mujur ada orang nak pinjamkan duit. Saya ambil pinjaman daripada mereka (ECM Libra) yang jual saham itu kepada saya.

Beruk mana yang dapat beli saham berjuta ringgit, melalui pinjaman peribadi dan sipeminjam itu pula adalah orang yang juga merupakan sipenjual. Sah beruk ajaib!

No comments: