Monday, August 28, 2006

MCA ajar kita mengenai Negara Islam

Timbalan Presiden MCA Chan Kong Choy semalam memberikan kuliah tafsiran beliau berkenaan negara Islam. Ianya disampaikan sempena Mesyuarat Agung MCA yang ke 53 di Kuala Lumpur semalam.

Menurut Chan ramai orang terkeliru antara istilah ISLAMIC COUNTRY (negara orang Islam) dan ISLAMIC STATE (negara Islam). Menurut beliau sebagaimana dilaporkan oleh THE STAR hari ini:


ISLAMIC COUNTRY means that majority of the citizens were Muslims while ISLAMIC STATE meant all the administration in the country was based on the Quran

Negara umat Islam bermakna majority rakyatnya merupakan penganut agama Islam manakala Negara Islam bermakna seluruh pentadbiran dalam sesuatu negara itu berdasarkan Quran.

Oleh itu katanya MCA menyokong dan mengiktiraf hakikat bahawa negara ini adalah sebuah ISLAMIC COUNTRY dan bukannya ISLAMIC STATE. Dan MCA akan bersungguh-sungguh memeprtahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan ini.

Kerana itu tambah beliau kerajaan negeri Kelantan tidak berjaya melaksanakan hukum hudud kerana negara ini tidak membenarkannya.

Demikianlah penjelasan dari rakan akrab Umno dalam BN.

Sebenarnya Chan tidak perlu pun menjelaskan perkara ini kerana pimpinan PAS telah zaman berzaman menyatakan perkara yang sama. Tetapi bagi PAS, ISLAMIC STATE yang mahu diperjuangkannya itu memberikan pilihan kepada masyarakat bukan Islam contohnya dalam kes hudud untuk membuat pilihan samada mahu diadili menurut hukum tersebut atau berpuas-hati dengan undang-undang yang sedia ada.

Masyarakat bukan Islam bebas mengamalkan cara hidup mereka sebagaimana di Kelantan. Sekolah Cina, tokong, gereja dan wat diberikan keizinan untuk dibina atau meneruskan aktiviti mereka. Acara kebudayaan dan cara hidup masyarakat bukan Islam terus diamalkan. Malah peyertaan masyarakat bukan Islam di dalam jentera kerajaan juga dihargai dan diberi ruang sehingga ada jawatan dan kerusi yang di reserve kan untuk masyarakat bukan Islam dari jawatan ahli majlis PBT sehinggalah ke Penghulu dan Ketua Kaum.

Cuma barangkali Chan melahirkan kebimbangan ini ekoran adanya kecenderungan dikalangan masyarakat Cina yang bukan Islam untuk mendekati dan mengkaji serta menerima perjuangan yang dibawa PAS. Barangkali mereka melihat ini pilihan yang lebih baik berbanding dari yang sedia ada, yang terdedah kepada amalan rasuah, diskriminasi, kronisma, nepotisma, perkauman dan seumpamanya.
Kita melihat Kelab Penyokong PAS yang mengumpul keanggotaan dari kalangan masyarakat bukan Islam semakin bertambah sokongan dan keahliannya.

Inilah saya percaya yang membimbangkan Chan dan MCA, tambahan Umno pula bila berkempen ke kampung-kampung dan kawasan tertentu berdegar-degar besyarah tentang mahu kembali kepada Islam. Islam Hadhari lah, Wawasan Syumul lah (macam di Selangor) dan macam-macam lagi.

Apa pun terima kasihlah kepada Ustaz Chan kerana menjelaskan perbedaan tersebut sekurang-kurangnya bukan hanya ahli-ahli MCA akan tahu malah kawan baik beliau dari Umno pun boleh tahu, MCA tak mahu negara yang berpegang kepada Quran, MCA cuma mahu negara yang ramai penduduk Islam, itu sahaja! Kalau Umno pun tak mahu berpegang kepada Quran, maka kekallah persahabatan mereka, syabas!




No comments: