Tuesday, August 15, 2006

Nazri: berdegah-deguh akhirnya jatuh ke bawah jua

Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah, atau besar bungkus dari isinya, agaknya itulah peribahasa yang cocok, lembut dan beradab yang boleh menghuraikan sikap dan gelagat Nazri Aziz, ahli MT Umno dan seorang anggota kabinet Dollah Badawi.

Akhbar NST Ahad lepas jelas memaparkan di muka depannya tajuk:

Mahathir wants to topple PM says Minister

Tiba-tiba semalam Nazri mengatakan (sebagaimana dipetik oleh UTUSAN hari ini):

Saya tidak pernah kata Tun hendak rampas kuasa, tetapi saya ada maklumat bahawa Tun hendak lihat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jatuh.

Nazri sebaliknya menyinggung pula pandangan rakan sekabinetnya Aziz Samsuddin yang tidak dapat menerima dakwaannya itu. Menurut Aziz beliau tidak dapat menerima dakwaan bahawa Tun Dr Mahathir berhasrat untuk kembali berkuasa.

Nazri menyatakan UMNO akan berhadapan dengan perpecahan sekiranya ada kalangan anggota Kabinet dan pemimpin UMNO yang tidak memahami tindakan lantangnya menentang Dr. Mahathir. Dalam erti kata lain Aziz antara panggota kabinet yang akan mengakibatkan Umno berpecah kerana tidak dapat memahami serangannya terhadap Tun.

Benarkah demikian? Malah kita pun naik bingong mana satukah kenyataan Nazri yang sebenarnya dan mana satukah yang palsu dan bohong atau memang Nazri ini jenis pembohong?

Ada orang mengatakan Nazri sendiri sebenarnya ada prejudis terhadap Tun kerana dibadannya ada parut yang masih belum sembuh yang beliau pendam sekian lama. Almaklumlah cinta yang tak berbalas. Memandangkan Tun kini sudah tidak berkuasa maka inilah peluang beliau untuk membalas dendam dan sekaligus melonjakkan dirinya sebagai memanda menteri yang paling taat dan sanggup melakukan apa sahaja demi PM Dollah Badawi!

Kerana itu kita lihat Nazrilah antara ahli MT yang paling tajam dan celupar serangannya terhadap Tun. Sebelum ini beliau telah cabar Tun untuk membuktikan kejantanannya dengan keluar dari Umno dan kini beliau mendakwa Tun mahu gulingkan PM pula (yang beliau nafikan pula).

Inilah jenis pemimpin yang kita ada pada hari ini, kepada yang boleh berbangga bolehlah terus berbangga, tetapi saya yakin ramai yang mual dan malu angkaranya.

No comments: