Tuesday, August 22, 2006

Ramai sungguh Brutus dalam Umno

Baru-baru ini saya menulis darihal Nazri Aziz yang saya merasakan telah menjiwai watak Brutus (Senator yang berkonspirasi membunuh Julius Caesar dizaman keagungan Rom) kerana telah mengeluarkan kenyataan hamper sama dengan tokoh itu apabila menepis serangan bekas PM Tun Dr Mahathir terhadap PM Dollah Badawi baru-baru ini.

Kata Nazri:

Saya sebenarnya sayangkan Tun kerana banyak kenangan manis saya bersama Tun tetapi demi lebih sayangkan parti saya terpaksa pertahankan apa yang dibuat kerajaan kerana kami sebagai wakil rakyat ada tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Brutus dalam karya Shakespeare pernah berkata:

If then that friend demand why Brutus rose against Caesar, this is my answer: not that I loved Caesar less, but that I loved Rome more

Semalam di Kelantan seorang lagi tokoh mengeluarkan kenyataan yang hamper sama. Beliau adalah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa. Kata Annuar sebagaimana dipetik oleh THE STAR hari ini:

It is not that I do not love Dr Mahathir anymore, he will remain my idol, but I love Umno more.

Saya bangkitkan persamaan ini kerana perlu kita ingat ungkapan tersebut dipinjam dari Brutus dan Brutus ini adalah satu karektor yang jahat, yang pernah dibelai dan dipercayai Caesar tetapi akhirnya telah berpaling tadah dan menikam Caesar dari belakang.

Mungkinkah mereka yang cenderung kepada ungkapan Brutus itu memiliki karektor yang mirip Brutus juga? Telah lahirkah Marcus Nazri Brutus dan Marcus Annuar Brutus? Dan akan lahirkah ramai lagi?

Dalam hubungan Annuar ini saya masih tertanya-tanya siapakah agaknya bekas Menteri yang menurut Tun sepatutnya telah didakwa oleh BPR kerana terlibat dengan rasuah tetapi apabila beliau mengundurkan diri sebagai PM kes bekas menteri itu dikhabarkan telah ditarik balik, siapa agaknya ya?

No comments: