Thursday, August 17, 2006

Siapakah anak Malaysia yang kaya
membekal label arak dan rokok itu?

Kod Efisien, pada bulan September 2003, syarikat ini telah menerima kontrak kerajaan untuk membekalkan label berciri keselamatan (security label) kepada semua jenama arak dan rokok yang dikeluarkan oleh pengilang tempatan di atas keputusan Jabatan Kastam dan Eksais yang duduk di bawah Kementerian Kewangan.

Langkah ini kononnya diambil bagi membendung dan mengawal penyeludupan produl-produk tersebut.

Pada bulan Julai lalu para pengilang produk-produk berkenaan telah dimaklumkan melalui surat dari Pengerusi sebuah syarikat bernama Lembah Sari bahawa syarikat tersebut akan mengambil-alih kerja-kerja membekalkan label berciri keselamatan ini dari Kod Efisien bagi tempoh 3 tahun. Dan pada waktu yang sama Kesatuan Pngilang-pengilang Tembakau Malaysia telah dimaklumkan oleh Kod Efisien bahawa perkhidmatan mereka akan diambil-alih oleh Lembah Sari mulai bulan Ogos ini.

Menurut laporan pembekalan label berciri keselamatan ini dianggarkan bernilai sekitar RM70 ke 100 juta bagi tempoh 3 tahun sahaja.

Siapakah pemilik syarikat Lembah Sari yang bertuah itu?

Menurut rekod syarikat RM2.00 itu (yang kini mungkin telah pun menambah modal dibenarkannya ke RM100,000) mempunyai 2 orang pemegang saham yang kurang dikenali.

Pengerusi syarikatnya adalah Haris Tun Hussien, adik kandung kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia Hishamuddin Tun Hussien.

Demikianlah al kisahnya, lahir seorang lagi jutawan anak Melayu (walaupun tak tahulah bagaimana kedudukan perniagaannya dari segi hukum, asal untung sudahlah). Berkebetulan sebelum ini kita semua maklum akan seorang lagi anak Melayu yang juga menjadi jutawan kerana menguasai sebuah bank (walaupun kemudiannya cepat-cepat menjual kembali sahamnya kerana kononnya mahu berikan tumpuan kepada politik).

Anehnya anak-anak Melayu yang kaya-kaya ini berligar disekitar satu dua keluarga dan kaum kerabata tertentu sahaja. Jka sebelum ini menantu Presiden Umno dan sebelumnya anak kandung Presiden Umno juga, kini adik kandung Ketua Pemuda Umno.

Taraf bumiputera rupa-rupanya telah ditukarkan ke umnoputera tanpa disedari rakyat Malaysia!

No comments: