Thursday, August 24, 2006

Tun Dr M bertarung untuk dapatkan hak bersuara

Ketika beliau PM dahulu kalangan ahli-ahli dan pimpinan Umno menjulang dan menjunjungnya. Apabila beliau berucap atau menyampaikan amanat semua memasang telinga, tekun mendengar. Apabila beliau ketawa, mereka ketawa, apabila beliau menangis mereka turut menangis.

Demikianlah Tun Dr Mahathir dihari-hari beliau berkuasa dahulu.



Kini tidak lagi. Beliau dilihat sebagai ancaman kepada pimpinan dan parti. Maka dimana sahaja beliau pergi, beliau akan diekori. Ke mana sahaja beliau mahu berucap atau berumpa dengan ahli-ahli Umno dan rakyat, maka usaha dilakukan untuk mengagalkannya.

Dalam sekelip mata sahaja manusia yang disanjung tinggi boleh bertukar menjadi insan yang paling dibenci, demikianlah nasib bekas Presdien Umno itu.

Kini beliau mengadu yang beliau tidak diberikan peluang untuk bertemu apalagi menyampaikan pandagan dan pendapatnya kepada ahli-ahli Umno dan rakyat jelata. Tetapi Tun bukan jenis manusia yang mudah berputus asa walaupun dalam usia selanjut 81 tahun.

Dimana sahaja ada ruang dan peluang, beliau akan mengambil kesempatan.

Semalam ketika berucap dalam satu malis anjuran Dewan Perniagaan Melayu Kedah di sebuah hotel di Alor Setar Tun menyatakan bahawa beliau akan bertanding untuk menjadi perwakilan mewakili Umno Bahagian Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung Umno kelak.

Menurut perlembagaan Umno setiap bahagian akan menghantar 13 orang perwakilan iaitu 6 dikalangan pimpinan terkanan bahagian manakala 7 dikanlangan ahli biasa yang dipilih dalam mesyuarat agung bahagian masing-masing.

Demikianlah gigihnya Tun berusaha untuk mendapatkan lesen untuk berucap di hadapan perwakilan Umno di PWTC nanti. Itu pun sebenarnya belum tentu lagi, kerana walaupun beliau mungkin berjaya dipilih sebagai perwakilan oleh Kubang Pasu namun tidak bererti beliau akan diberi peluang berucap mewakili bahagian dimana sahaja ada kesempatan. Ini kerana biasanya bahagian berkenaan akan berbincang memutuskan siapa diantara mereka yang akan bangun berucap.

Saya pasti Ketua Bahagian Kubang Pasu yang juga seorang Timbalan Menteri dalam kabinet Dollah (walaupun pernah menadi SETPOL Tun semasa Tun PM dahulu) tidak akan mudah menggadaikan kedudukan dan masa depan politik beliau dengan memberikan kebenaran kepada Tun berucap sebagai perwakilan Kubang Pasu.

Apa pun saya yakin kiranya Tun berjaya menadi perwakilan sudah pasti akan gegar PWTC walaupun beliau mungkin nanti disekat dari berucap.

Sekurang-kurangnya para pemberita dan wakil akhbar terutama dari luar negara akan mengerumuni beliau kerana beliau adalah seorang FIGURE yang dikenali dunia setelah menawat awatan PM selama 22 tahun.

Mungkinkah pimpinan Umno yang cemas dengan perkembangan ini akan mengambil tindakan yang lebih drastik dalam menyekat dan menghalang Tun? Itu pun kita sudah terima maklumat bahawa sedang dijalankan inisiatif senyap-senyap untuk memastikan perwakilan di Mesyuarat Agung Kubang Pasu nanti menolak pencalonan Tun sebagai salah seorang perwakilan mereka.

Demikianlah susahnya hidup Tun di dalam Umno yang pernah beliau terajui satu hari dahulu. Apakah agaknya yang mahu diperkatakan oleh Tun itu sehingga pimpinan Umno merasa cemas dan mahu menggagalkan usaha beliau itu?

Marilah kita ikuti perkembangan selanjutnya kisah bangsawan yang sungguh menarik, kekadang melucu dan menghiburkan ini.

No comments: