Friday, August 18, 2006

Undur Khir undur!

Ini merupakan pendedahan yang paling serius yang melibatkan seorang Menteri Besar sejak Dollah Badawi menjadi Perdana Menteri.

Pendedahan ini pula bukannya dilakukan oleh BLOGGERS yang sering kerajaan anggap sebagai tidak bertanggungjawab, bukan juga melalui surat-surat layang yang sering juga mampu menjatuhkan pimpinan Umno, atau buku DALIL atau apa sahaja. Pendedahan kali ini dilakukan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris iaitu THE SUN.

Di muka depan akhbar tersebu hari ini di bawa tajuk besar:

KEEP PROBE INDEPENDENT
TI: HAVE ROYAL INQUIRY INTO SELANGOR BILLBOARDS FIASCO

Pastikan penyiasatannya bebas
TI: Wujudkan Suruhanjaya Penyiasat Di Raja bagi menyiasat masalah papan-papan tanda di Selangor

Manakala di muka dalamnya pula Timbalan Pengarang akhbar tersebut R. Nadeswaran di dalam ruangannya menulis panjang-lebar berkenaan pembohongan kerajaan Khir Toyo di bawah tajuk:

MORE LIES AHEAD
Banyak lagi pembohongan yang tersimpan

Isunya adalah berkenaan penswastaan papan-papan tanda iklan di seluruh negeri Selangor. Sebelum ini akhbar tersebut telah mendedahkan bahawa kerajaan negeri telah memberi monopoli kepada sebuah syarikat iaitu BERNAM KIARA untuk membolot penguasaan papan-papan tanda iklan di seluruh Selangor bagi tempoh 15 tahun. Bermakna sebarang syarikat atau pengiklan yang ingin menaikkan iklan mereka melalui papan-papan tanda di Selangor perlulah melalui BERNAM KIARA.

Sejurus selepas pendedahan tersebut Khir mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri TIDAK PERNAH menandatangani sebarang perjanjian seumpama itu.

Berikutan penafian Khir itu THE SUN telah menyiarkan beberapa dokumen berkaitan membukitkan bahawa kerajaan negeri sesungguhnya telah pun menandatangani kontrak berkenaan pada bulan Januari 2005 memberikan BERNAM KIARA hak eksklusif tersebut.

Penandatangan kontrak bagi pihak kerajaan adalah Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Dato Ramli Othman dan Timbalan SUK ketika itu Dato Dr Abdul Munit Kasmin. Melalui kontrk itu yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, BERNAM KIARA diberi hak eksklusif terhadap sebarang jenis papan iklan di jejantas jalanraya, jejantas pejalan kaki, gantries dan papan tanda penunjuk arah/jalan.

Lalu Khir spontan menyatakan bahawa hasrat asal kerajaan negeri tidak sebagaimana perjanjian tersebut malah beliau telah pun mengarahkan agar perjanjian tersebut dibatalkan.

Walaubagaimanapun perjanjian itu hanya dibatalkan pada Januari 2006 iaitu 12 bulan selepas ianya berkuatkuasa.

Apa isunya di sini?

Bagaimana seorang MB boleh menafikan prjanjian ini sedangkan ianya ditandatangan oleh SUK dan Timbalannya bagi pihak kerajaan negeri? Mustahil SUK boleh bertindak tanpa pengetahuan MB dan EXCOnya malah menurut THE SUN satu set perjanjian telah pun diserahkan kepada EXCO berkenaan sejurus ditandatangani.

Mengapa BERNAM KIARA diberikan monopoli? Mengapa tiada tender terbuka diapnggil?

Kini berbagai pihak termasuklah TRANSPARENCY INTERNATIONAL MALAYSIA dan BUSINESS ETHICS INSTITUTE OF MALAYSIA menuntut agar kerajaan negeri mengisytiharkan apa yang sebenarnya berlaku dan malah TI menuntut agar satu Suruhanjaya Di Raja di bentuk bagi menyiasat kes ini kerana ianya melibatkan ketidaktelusan pengurusan kerajaan negeri khasnya melibatkan kontrak dan tawaran awam.

THE SUN turut mendedahkan siapakah di belakang syarikat BERNAMA KIARA ini. Menurut akhbar tersebut pengarah syarikat ini terdiri daripada Abdul Rahman Shamsi 40, Livon Jamil 41, Abdul Rahim Shamsi 32 dan Aiman Firdaus Tan Abdullah 29 (yang juga merupakan seorang pemain bolasepak negeri). Modal berbayar syarikat ini adalah RM100,000 dan 60% sahamnya dipegang oleh Rahman dan Livon serta Aiman masing-masing memegang 20%.

Siapakah mereka ini? Apakah kehebatan syarikat ini sehingga diberikan monopili sedemikian besar? Apakah pengalaman syarikat ini? Apakah kepakaran mereka?

Saya kira Khir bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini dan perlu memikul bebannya. Jangan amalkan amalan profesyion pergigian kalau sakit cabut, kalau sakit cabut, dalam hal ini dah tak boleh cabut lagi kecuali Khir sendiri dicabut buang!

Saya mengharapkan agar Suruhanjaya Di Raja itu sebagimana dituntut oleh TI dapat segera ditubuhkan. Jika tidak sudah pasti reputasi Selangor sebagai sebiah negeri yang kononnya MAJU akan tercalar dan tidak dihormati dan dipercayai orang lagi.

Syabas THE SUN kerana berjaya mendedahkan tembelang ini ke pengetahuan rakyat.

No comments: