Thursday, September 28, 2006

Orang dah menuai kita baru nak menyemai

Saya difahamkan bahawa semalam PM Malaysia baru sahaja mengirim surat bantahan beliau di atas kenyataan bekas PM Singapura Lee Kuan Yew yang minggu lepas menyatakan bahawa Malaysia dan Indonesia menyisihkan rakyatnya dari keturunan Cina.

Indonesia telah pun memanggil Duta Singapura ke Jakarta untuk memberikan penjelasan dan menyatakan bantahan Jakarta terhadap kenyataan biadap Kuan Yew itu (yang jelas mencampuri urusan Indonesia dan Malaysia dengan niat jahat). Malah Duta Indonesia di Singapura telah diarahkan ke Kementerian Luar Singapura untuk mendapatkan penjelasan lanjut.



Malaysia? Baru mengirim surat kepada Kuan Yew semalam!

Sementara itu bekas Duta Malaysia ke Emiriyah Arab Bersatu UAE, Datuk Syed Hussien Al Habshee kesal dengan kelembapan kerajaan Malaysia bertindak dalam menangani isu ini malah kata beliau kelewatana itu mencerminkan seolah kita tidak serius dalam menghadapinya.

BERNAMA memetik beliau sebagai berkata:

Our delay (in handing over the protest note) is regrettable and shows we are not firm in the matter. If the same thing had happened to Singapore, we can guarantee that they will lodge a protest quickly

Sebelum ini saya pernah mencadangkan agar PM menelefon sahaja Kuan Yew (bagi menunjukkan seriusnya kita dalam hal ini) bagi meminta penjelasan dan menyatakan bantahan rakyat Malaysia. Selepas itu bolehlah disusul dengan nota bantahan atau apa sahaja. Tetapi Dollah Badawi lebih gemar mengambil masa dan setelah hamper seminggu Kuan Yew mengeluarkan kenyataan itu barulah mengirim surat meminta penjelasan.

Dollah sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri Luar, sudah pasti beliau familiar dengan apa yang diutarakan oleh bekas Duta itu atau bagaimana?

No comments: