Monday, September 04, 2006

PM terpaksa berbohong melindungi anak-menantu?

Pada 7 Ogos lepas PM Dollah Badawi telah terbit dalam satu rancangan khas Bersemuka bersama Perdana Menteri di TV3. Rancangan itu telah dipengerusikan oleh Dato Annuar Zaini dari BERNAMA.

Para penganalisa politik menganggap rancangan itu sebagai projek PR untuk memulihkan imej Dollah yang ketika itu sedang rancak diserang oleh bekas PM Tun Dr Mahathir. Oleh itu Dollah telah terbit di TV3 untuk menjelaskan keduduakan beliau termasuklah anak dan menantunya terutama berkaitan dengan kritikan-kritikan pedas Tun yang sedikit-sebanyak telah menjejaskan kredibilitinya sebagai PM dan Presiden Umno.
Entah dimana silapnya, Dollah kah silap, Annuar kah silap, atau sengaja ada pihak yang mahu mengaibkannya, satu kesilapan besar telah dilakukan oleh Dollah malam itu.
Apabila Annuar bertanya tentang penglibatan anak beliau Kamaluddin Abdullah dalam bidang perniagaan terutama yang berhubung dengan projek dan kontrak kerajaan, Abdullah bingkas menafikan. Katanya syarikat anak beliau itu iaitu Kumpulan Scomi hanya terlibat dengan projek-projek antarabangsa, cuma sekitar 20 peratus sahaja yang melibatkan kontrak tempatan.
Kemudain apabila Dollah ditanya benarkah Scomi dikatakan telah pun ditawarkan projek monorail di Pulau Pinang, saya masih ingat lagi jawapan spontan dari Dollah:
Siapa kata (pekat dengan pelat utaranya)?!
Kini rupa-rupanya Dollah baru menyedari bahawa apa yang diperkatakannya itu tidak benar. Semasa meresmikan Persidangan Perwakilan Umno bahagian Ampang beliau menyatakan sedia memohon maaf kiranya apa yang diperkatakan olehnya di TV3 itu tidak benar.
Sebelum ini MALAYSIAKINI ada menyiarkan surat dari seorang pembaca yang telah membuktikan bahawa kenyataan Dollah itu tidak benar sama-sekali. Antara kandungan surat itu:

In March, The Malay Mail reported that KTM had in 2005 awarded a five-year RM50 million contract to Scomi Group to overhaul and maintain as many as 1,000 wagons.

Also in March, Business Times reported that Scomi Group was going to submit a bid for a RM120 million contract to make body parts for about 400 buses for state-owned Syarikat Prasarana Negara Bhd.

Then in April, The Edge reported that Scomi Engineering Bhd is acquiring a 51% stake in MTrans Transportation Systems Sdn Bhd for RM30 million to provide it a platform to be a key player in urban transportation. Scomi Engineering had on April 28 signed an agreement with Kiara Kilau Sdn Bhd, which owns 100% stake in MTrans, to acquire the 51% stake. MTrans owns bus manufacturer MTRans Bus Sdn Bhd and MTRans Technology Bhd, which specialises in monorail systems and technology.
This is, of course, for the Penang monorail project. So the five-time hike in petroleum prices over the last year on the pretext of improving public transportation is certainly benefitting some parties - your sons Scomi Engineering, to be specific.

Recently, Scomi Marine Bhd received a letter of intent from TNB Fuel Services Sdn Bhd for a coal shipment contract for three years from Oct 1, with an option to extend for another two years, the company said. Scomi Marine announced to Bursa Malaysia on April 14 that under the contract, it would be required to transport 500,000 tonnes (with 20% variation) of coal from Australia, Indonesia and South Africa yearly. It said TNB Fuel Services would determine the actual quantity of coal to be transported and from which country upon finalisation of the contract, The Edge reported.

Also recently, Scomi Group Bhd, an oil services company, won a contract from Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd to provide drilling fluids and other services for exploration works in Block 1, offshore Turkmenistan. In a statement issued by Scomi which was published by Business Times, Scomi said the contract would contribute about RM57 million a year to its coffers.
Saya kasihan melihat Dollah. Bukankah beliau ada para pegawai dan pembantu yang sepatutnya menjaga dan memeriksa sebarang kenyataan yang dibuatnya sebelum ianya dikeluarkan. Dollah adalah Perdana Menteri Malaysia, dan apabila PM keluar di waktu siaran perdana dan berbohong dikhalayak ramai, sudah pastilah ianya akan menjejaskan imej beliau dan negara walaupun beliau kini bersedia mahu memohon maaf.
Saya kira ini semua dapat dielakkan kiranya anak dan menantu beliau tidak terlibat dalam perniagaan yang mampu menjejaskan kedudukan beliau.
Kini jelas PM telah terpaksa berbohong, kerana mahu mempertahankan anak dan menantunya. Kita terimalah permohonan maafnya (kerana PM tidak tahu walaupun beliau seorang PM) tetapi anak dan menantunya itu perlu bertanggungjawab dan jangan dilepaskan bebas begitu sahaja.

No comments: