Tuesday, September 12, 2006

Tun sanggup ke penjara demi kebenaran

Ahli MT Umno, Shahrir Samad mengatakan yang Tun sepatutnya membuat laporan ke Lembaga Disiplin Umno tentang apa yang didakwanya sebagai rasuah semasa Persidangan Perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu baru-baru ini. Manakala MB Kedah pula mendakwa beliau tidak pun menerima sebarang nlaporan mengenai kejadian yang didakwa Tun itu.

Demikianlah reaksi pimpinan Umno apabila Tun mendedahkan bahawa para perwakilan di Kubang Pasu telah dirasuah dengan wang RM200 agar mengundi calon-calon perwakilan yang telah disenaraikan oleh pihak tertentu. (Kata Tun harga kehormatan orang Melayu kini bernilai RM200)

Tun tewas dalam pemilihan itu namun pertandingannya didakwa dicemari dengan kempen dan taktik kotor oleh bukan hanya pimpinan bahagian malah Badan Perhubungan Negeri Kedah dan pimpinan tertinggi Umno turut terlibat bagi memastikan Tun di PULON di Kubang Pasu.

Jelas POLITIK WANG dalam Umno bukan hanya berlaku semasa pemilihan pucuk pimpinan malah dalam kes Kubang Pasu ini pemilihan untuk menjadi perwakilan ke Perhimpunan Agung yang bukan pada tahun pemilihan pun dicemari dengan kerja-kerja rasuah.

Menurut Tun beliau menerima kekalahan ini akan tetapi hakikatnya beliau tewas kerana rasuah politik dan taktik kotor pihak tertentu.

Cadangan Shahrir agar beliau melaporkan kejadian ini ke Lembaga Disiplin ditolak Tun kerana kata Tun salah seorang bekas MB Kedah (yang kebetulan berkempen menantang pemilihan beliau) duduk dalam Lembaga Disiplin itu. Kalau dah yang menegakkan disiplin pun tidak berdisiplin maka apalah nak diharapkan pada Lembaga itu.

Tun ketika ditanya pemberita bahawa Pak Lah berjanji untuk memberi tempat baginya untuk berkhidmat kepada Negara beliau menjawab:

Khidmat apa, suruh kata kami sokong. Bukan boleh kata tak sokong, kena kata sokong, saya tak mau khidmat macam tu. Kalau nak suruh khidmat bagi saya kebebasan saya bercakap dengan ahli-ahli UMNO, itu khidmat yang saya nak bagi.
Tak pernah terjadi dalam UMNO tekanan yang semacam ini, sampai tak boleh nak bercakap dengan siapapun.Kalau masuk dalam suratkhabar pun ada twist kerana mereka telah ambil berkerja ni spin doctor baru dari Singapura yang terlatih.

Demikianlah betapa Kubang Pasu bukan berjaya meredakan tentangan Tun tetapi bakal menyaksikan beliau lebih berani lagi mengkritik dan menentang Pak Lah yang menurutnya mengetua Negara dengan bantuan kaum keluarganya.

Kata Tun kerajaan cuba untuk menutup mulut beliau. Tetapi memang beliau ada mulut yang besar dan akan menggunakan mulutnya itu untuk terus bersuara mendedahkan kepincangan kerajaan . Kata Tun lagi tiada jalan untuk mereka menghalangnya kecuali menghumbankannya ke penjara.

Jika begitulah tekad Tun, maka layaklah kita meluangkan masa untuk mendengarnya. Kalau benar ada kepincangan dalam kerajaan dan kerajaan cuba menutupnya, maka kita sebagai rakyat berhak tahu. Dan jika dalam hal ini cuma Tun sahaja yang berani mendedahkannya, maka kita bertanggungjawab mendengar, menilai dan jika benar menyokong apa yang dibawanya itu.

No comments: