Saturday, December 30, 2006

Bila MCA pun turut turun berdemo

Saya tak tahu samada kita perlu mengucapkan syabas atau mentertawakan mereka, tetapi agak janggal apabila melihat hampir seluruh pimpinan MCA Puchong turun berdemonstrasi berhampiran tol LDP di Sunway semalam.

Bantahan mereka adalah kenaikkan tol sebanyak 60 peratus di lebuhraya tersebut berkuatkuasa 1 Januari ini.


gambar dari Malaysiakini

Tetapi saya agak eloklah kita ucapakan syabas kepada mereka kerana berani menerima hakikat bahawa kenaikkan kadar tol ini adalah satu bebanan pada rakyat. Saya kira MCA Puchong TERPAKSA membuat bantahan ini kerana mereka tidak ada jawapan untuk diberikan kepada para penyokong mereka yang sudah pasti marah kepada kerajaan kerana meluluskan kenaikkan ini.

Seramai 50 orang anhli MCA Puchong diketuai Ketua Pemudanya Datuk Theng Bok, Ketua Pemuda MCA Kelana Jaya dan lain-lain pimpinan parti tersebut. Rakan-rakan dari PKR pun kelihatan hadir (mungkin untuk jemput ahli-ahli MCA ini untuk hadir ke demo lebih besar di Sunway juga pada 7 Januari nanti).

Tetapi kenapa salahkan LDP semata-mata?

LDP sekadar sebuah syarikat sedangkan yang memberikan keizinan dan kelulusan adalah kerajaan Malaysia dimana MCA adalah anggota kanannya?!

Sepatutnya MCA Puchong turut mendesak kerajaan Malaysia agar menyemak semula atau menarik balik keputusan ini, hantarlah memo kepada Ong Ka Ting, Presiden mereka yang duduk dalam kabinet. Dan kebetulan di situ hantar juga memo membantah kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang kini mencekek kehidupan rakyat jelata.

Kalau tuntutan mereka tidak dilayani, tinggalkan sahaja MCA dan bersama parti-parti alternatif untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Apa pun tahniahlah kepada Ketua Pemuda MCA namun beliau tidak boleh memisahkan dirinya dari turut memikul pertanggungjawaban terhadap keputusan yang turut disokong secara kolektif oleh partinya, kecuali beliau bertindak menentangnya secara terbuka.

Dalam pada itu dimana Pemuda Umno Puchong atau Kelana Jaya? Agaknya mereka tak kisah kerana jika mereka lalu rumah-rumah tol ini cukup sekadar menyatakan mereka ahli Umno maka mereka dikenakan kadar yang lama?

Akhirnya untuk benar-benar memberi kesan terhadap bantahan ini ayuh seluruh rakyat yang menjadi mangsa, tak kiralah apa parti atau fahaman, kita keluar beramai-ramai pada hari Ahad 7 Januari nanti di Sunway untuk mendaftarkan bantahan terbuka kita.(Mungkin Pemuda Umno nak tunggu tarikh itu agaknya?)

No comments: