Friday, December 01, 2006

Denda tambah premium tak praktikal

Kalau menurut angka yang dikeluarkan oleh pihak Trafik PDRM, sesungguhnya bilangan mereka yang melakukan kesalahn lalulintas sememangnya besar. Bagi tahun ini sahaja setakat 17 Oktober sebanyak 86,346 saman telah dikeluarkan oleh pihak polis trafik sepanjang operasi-operasi mereka tahun ini termasuklah Ops Sikap yang berakhir Oktober lalu.

Itu tiak termasuk saman-saman yang dikeluarkan di laur waktu operasi yang sudah pasti lebih besar lagi angkanya untuk seluruh negara.

Soalnya bagaimanakah mahu mengatasi atau sekurang-kurangnya menurunkan angka kesalahan trafik ini?

Semalam di Dewan Rakyat Menteri Pengangkutan mengatakan yang kerajaan sedang menimbangkan untuk menaikkan kadar premium insuran kenderaan bagi mereka yang sering melakukan kesalahn trafik ini. Bermkna kalau kita selalu sangat disaman, bila cukup tempoh untuk memperbaharui cukai jalan, maka syarikat insuran akan mengenakan kita premium yang lebih tinggi dari pemilik kenderaan yang lain.

Saya merasakan cadangan ini ganjil dan tidak memenuhi matlamatnya iaitu sebagaimana kata Dato Menteri dari MCA itu, untuk mendidik para pesalah ini agar lebih berhati-hati semasa di jalanraya.

Saya rasa peraturan dan undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi. Di sana ada system merit dan kerajaan boleh menggantung lessen para pesalah ini. Masalahbya sistem dan peraturan yang sedia ada itu perlu dilaksanakan dengan sempurna. Jika perlu diperkukuhkan.

Dengan cara menambah premium seumpama ini yang akan mengaut untung bukannya orang lain tetapi syarikat-syarikat insuran yang selama ini antara industri yang paling beruntung di Malaysia. Kerajaajn perlu sedar bahawa pemandu tidak semestinya pemilik kenderaan. Nanti yang cuai pemandu tetapi yang menjadi mangsa adalah pemiliknya.

Dalam hal ini lebih baik disemak semula cadangan itu. Memang kita akui masalah kesalahan lalulintas ini adalah masalah besar, tetapi penyelesaiannya perlulah lebih praktikal dan masuk akal. Nanti yang akan menjilat jari adalah syarikta-syarikart insuran, kadar kesalahan meningkat dan terus meningkat.

No comments: