Tuesday, December 19, 2006

Inilah jenis hiburan yang kita mahu

Saya petik laporan berikut dari Pancaindera (sisipan hiburan Mingguan Malaysia Ahad lalu):

Agak mengecewakan kerana acara itu sebenarnya dihadiri oleh banyak orang kenamaan dan tetamu diraja. Apa yang jelas tiada langsung rasa hormat mereka kepada kita.



Laporan ini berkenaan GIFA atau Global Indian Film Awards yang telah dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil minggu lepas. Ia memaparkan betapa artis-artis Bollywood ini tidak berdisiplin sehingga majlis yang sepatutnya berlangsung jam 8.30 malam, hanya bermula jam 10 malam.

Kemudian dilaporkan yang ada para pelakon serta hos yang bertututr dalam bahasa Hindi disamping lebih penting lagi turut dipaparkan aksi-aksi menggiurkan para penari dan artis yang ada diantaranya berpakaian ala bikini dipentas.

Akhbar itu bertanya bagaimana mereka (artis-artis Bollywood) boleh bebas berpakaian sedemikian sedangkan acara tersebut dihadiri oleh orang kenamaan dan tetamu diraja.

Saya tersenyum membaca laporan ini, kerana akhbar berkenaan seolah cuba menuding jari kepada penganjur dan artis serta para penari Bollywood semata-mata tanpa pergi lebih jauh dari situ.

Takkanlah kalau majlis itu sekadar melibatkan penganjur dan artis-artis Bollywood semata-mata, maka Yang Dipertua Agong, Yang di pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Pahang, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Mneteri boleh turut hadir sama.

Pasti pihak kerajaan turut terlibat tak tahulah Kementerian Pelancongan, Kementerian Penerangan atau KEKWA atau ketiga-tiganya sekali. Masakan mereka ini tidak terlibat dalam meluluskan aturcara dan memastikan protokol dihormati.

Yang saya tahu isteri Timbalan Perdana Menteri adalah antara yang paling aktif terlibat menjayakan program-program kegemaran beliau ini.

Dalam pada kita hangat berdebat berkenaan isu moral dan etika berpakaian tiba-tiba datang artis-artis asing, di hadapan kenamaan kita termasuklah pimpinan tertinggi negara, dengan senang hati beraksi separuh bogel, menyelak dan mendedahkan peha, dada dan pusat masing-masing, dan kita bagaikan dungu mahu menyalahkan orang lain. Kita yang dengan sedar memakai kain koyak lalu kita mahu salahkan kilang kain.

Malaysia dengan senang hati bagaikan berok sumbang mahu menjadi hos GIFA ini atas alasan mahu menarik pelancong asing dan kerana filem-filem Hindi mendapat tempat dikalangan rakyat dalam negara, lalu kita yang beri lampu hijau tiba-tiba kita nak marahkan pihak lain.

Beginilah nasib kita, yang hadir semua pemimpin-pemimpin Islam belaka, yang sepatutnya memegang amanah mempertahankan kesucian agama Islam, termasuklah cucu dan anak ulamak, tetapi lihatlah apa yang berlaku.

Akhbar tersebut melaporkan:

Dari situ sudah terbayang sikap tidak professional mereka apatah lagi apabila mengenangkan acara berlangsung di bumi orang

Takkanlah si Bollywood tu bagai kera sumbang datang menyerah diri ke bumi orang jika tidak kerana tuan punya bumi orang yang sebenarnya bagaikan kera sumbang terlompat-lompat mengundangnya.

No comments: