Monday, December 18, 2006

The Star menangguk di air keruh penuh bangkai

Sebagaimana telahan saya akhirnya The Star menangguk sepuas-puasnya di air keruh yang penuh bangkai dan najis. Wong Chun Wai dalam kolum COMMENT nya hari ini menulis di abwah tajuk:

You wont see me in this club



Tulisannya mempersendakan perkembangan di Kelantan memaparkan seolah-olah anak-anak Kelantan semuanya menjadi ketagih hiburan dan seks sejak PAS memerintah Kelantan.

Dalam keghairahannya mengkritik kerajaan PAS Kelantan disamping memperlekehkan arahan terbaru untuk mengizinkan operasi kelab hiburan dengan live music di Kelantan, yang penuh dengan pelbagai syarat dan peraturan dengan menulis:

After all Golok, known for its adult entertainment, is just across the river on the Thai side, so why bother with all these restrictions?

Kenyataan ini jelas menghina orang-orang Kelantan seolah mereka begitu kebulur kepada hiburan bercorak sedemikian. Agaknya kalau si Wong ini ada masa dan ditempatkan di Pekan Golok, beliau boleh melihat sendiri bahawa yang berbondong-bondong ke Golok untuk ADULT ENTERTAINMENT itu sebenarnya adalah mereka yang di luar Kelantan termasuklah dari yang jenis seumpama beliau dari KL!

Kemudian Wong tidak berpuas hati setakat serangan sedemikian, beliau turut memuatkan fakta bahawa menurut statisitk yang dikeluarkan oleh Google (yang masih boleh diperdebatkan ketepatannya itu) bahawa Kelantan mendahului senarai mereka yang melayari Google dan membuat carian untuk: MELAYU BOGEL!

Dalam erti kata lain jika anda anak Kelantan maka memang kerana PAS memerintah, anda kini telah menjadi begitu lapar seks sehingga bila melayari internet terus sahaja mencari laman seks dan kalau mahu melepaskan nafsu terus sahaja menyeberang ke Golok.

Kalau saya anak Kelantan saya akan menulis surat, email atau telefon si Wong yang biadap ini tak kiralah samada saya orang Nik Aziz atau orang Annuar Musa, orang Ibrahim Ali atau orang Ku Li, kerana jelas beliau dengan jahat memberikan gambaran buruk terhadap Kelantan dan Islam, atau adakah beliau memang anti Kelantan dan anti Islam?

Ini kerana penafian kerajaan negeri beliau DOWN PLAY tetapi yang di HIGHLIGHT kan adalah yang sebaliknya. Oleh itu rakyat Kelantan sewajarnya mendesak agar beliau memohon maaf secara terbuka!

No comments: