Monday, January 01, 2007

Selamat Tahun Baru 2007

Mungkinkah tahun ini tahun pilihnaraya umum? Mungkinkah tahun ini harga petrol dan diesel akan naik lagi? Mungkinkah inflasi akan naik lagi?

Yang pasti mulai hari ini kadar tol bagi lima lebuhraya disekitar Lembah Kelang naik sehingga 60%. Yang pastinya juga sebagaimana diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri cukai jalan bagi kenderaan persendirian dan komersil turun.



Turun? Ya turun RM10 bagi kenderaan berkuasa 1000 cc ke bawah. RM10 sahaja? Kenapa tak dihapuskan langsung?

Ramai yang menganggap bahawa penurunan ini terlalu kecil berbanding beban besar yang terpaksa mereka terpaksa pikul ekoran kenaikkan harga minyak, barangan, perkhidmatan dan tol. Kerana itulah ada yang cadangkan bagi kenderaan 1000 cc ke bawah dihapuskan langsung cukai ini.

Malam tadi, tiada sambutan COUNTDOWN di Dataran Merdeka. Menurut TV3 ramai yang berkumpul di sana keciwa. Tiada pertunjukkan bunga api, tiada pertunjukkan atau SHOW sebagaimana biasa. Ramai yang keciwa yang ditemuramah TV3 itu orang-orang Melayu.

Tak tahu ke yang semalam adalah Hari Raya Eidul Adha? Umat Islam masih bertakbir setiap selepas solat waktu sehinggalah Hari Tasyrik. Rupanya ada orang Melayu yang tak mabil peduli semua ini dan lebih pentingkan COUNTDOWN dan SHOW.



Rupanya malam tadi juga HAPPENING sebenarnya berlaku di Bintang Walk dan The Curve di Mutiara Damansara selain Sunway Lagoon.

Menurut laporan TV3 dan RTM polis telah menahan beberapa pemuda yang dikatakan telah mengambil kesempatan dari HAPPENING di Bintang Walk dengan meragut dan meraba atau mencabul kehormatan kalangan wanita yang hadir meraikan detik 12 malam itu.

Di KL juga 2 diberitakan 2 orang warga Myanmar mati terbunuh dalam satu pergaduahn menjelang 12 tengahmalam semalam.

Saya pasti sekiranya sambutan besar-besaran dilakukan di Dataran Merdeka dan KLCC sudah tentu banyak lagi kejadian jenayah yang akan berlaku. Itu dalam suasan umat Islam masih meraikan Eidul Adha, tak tahulah.

Sementara itu menurut kalendar Cina, setiap tahun sebanyak 12 tahun bersilih-ganti dinisbahkan dengan seekor haiwan, samada arnab, ular, tikus, harimau, kuda dan lain-lain. Jika tahun 2006 adalah tahun anjing, tahun 2007 adalah tahun BABI atau YEAR OF THE PIG.



Masyarakat Cina beratus tahun dahulu percaya kepada perkara-perkara tahyul ini lengkap dengan ramalan-ramalannya seklai. Bagi umat Islam sudah pastilah ramalan-ramalan seumpama ini bertentangan dengan aqidahnya dan saya pun tak berhasrat mahu memaparkan ramalan-ramalan mereka untuk YEAR OF THE PIG ini, cumanya sekadar mahu memaklumkan kita bahawa itulah haiwan yang dikaitkan oleh masyarakat ini untuk tahun 2007.

Semoga Allah swt mengurnikan kekuatan kepada kita semua untuk berani membawa perubahan pada tahun ini demi agama, bangsa dan negara, amin.

No comments: